Thursday, October 29, 2009

Beautiful Life...

cak!

hurm..lama rasanya saya tak memuntahkan apa-apa di blog ini..hehe..
......busy?
.."taklah.." itu alasan basi..
"Saya cuma sibuk sedikit...'hehe..

Selepas semester bersambung selepas raya, dipenuhi dgn jadual quizz dan midterm..saya terlibat terlibat dgn..


a)Open House Raya situ sana sini...

Antaranya Rumah Terbuka Kelab Wawasan an Asean Logics Staffs,..rumah Zaihan..rumah Dr.Jun (lecturer econs yg ajar HRM),dan menjejakkan kaki ke rumah Najat...










b)IIUM 25th Convocation 8-13 Oktober..StabaZz'09

best? mmg best....sebab..dok kat Catering Bureau..tak gitu Najatt??
Selain seronok kerana tak perlu memasak utk komiti seramai 90++ ,(ceh) seronok menjamu makanan yg ditaja oleh Ayamas dan A&w!! dan seronok menghidang makanan artis eg.Aiman, Nowseeheart, Ezad Exist dan Amy Search..! serta anak-anak yatim..plus gaduh2 ngan komiti lain dan bertahajjud di O.R! overall..8.5 per 10..A-.hehe



b) Seminar on Women Issues 10 Oktober 2009

Pada hari Sabtu tu,sempat meng'escape'kan diri menghadiri seminar seperti tajuk di atas(punyela malas nak type). Ops..seminar ni bukan utk org pompuan je tau...dan bukan juga utk Feminist.. ^_^ Antara dapatan yg saya dapat (hurm?) dari talk Miss Ras Adiba Radzi tentang erti sebuah 'survival' ang 'look at the bright side of our life..'Talk Dr.Wan Zaleha ttg 'motherhood'sgt mengujakan tetapi masa terlalu mencemburui.dan akhirnya slot 'pecah perut tapi berisi..bersama En.Kamal Affendi..Superb! 8.9 per 10.






..dan selepas itu kehidupan diteruskan seperti biase dgn assignmentss..presentation dan yang menariknya ialah pembentangan Research oleh course RKUD 3030 Method of Da'wah..ada sesuatu yg ingin saya kongsikan tentang ini nanti...*

terlupa sesuatu??haa..ingat balik..suatu tarikh yg penting!!

14 Oktober !!

ialah hari tua saya..(saya sedar..)sob..sob..
Sedar tak sedar dah 23 tahun dah umur aku nie..23 tahun kalau zaman dulu dah kawen dan anak 3 org! hehe.
Thanks utk yg wish saya seawal 12 pagi..ketika itu saya masih d tapak Convest..
dan thanks utk hadiah2...dan,paling best..dapat jam baru tahun nie..siap ada logo UIA...punyela semangat ke'uia'an...souvenier dari Mai,..Chocolate stuff dari Puteri,..dan..jugak..
Surprise dari my family yg datang tibe2 minggu tu..sumer ade kecuali Farid n famly..
.wah.. u drop my tears..sob..sob..

Papepun,..semoga dgn pertambahan umur ni menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan saya kpd-Nya..semoga..umur saya terus panjang agar peluang beribadah itu terus ada ..dipercepatkan jodoh?ahaa.itu adalah doa yg paling famous kepada saya..respons...,,tanya si 'peminang'..saya hanyalah org yg dipinang...tettt.....

Final exam saya bermula 2 November,diikuti,3,dan 4..dan 9 dan 10 November!
Cepat mula dan cepat abes...yeay!
(yeay kah?)
Saya tawakkal selepas saya berusaha. .ttg keputusan nya ..no komen..
Sem ini dirasakan paling teruk buat saya..entahla...
financial crisis, carrymark rendah,..datang lambat ke kelas...sumenyer ade..
(moral: Jangan tiru perangai ini)

Selepas ini...saya akan pulang ke Johor..dan kembali ke KL dan Klang sebab along dah nak due..her second baby! Jangkanya 26 November ni tapi along kate baby dah x sabar nak kua!
...dan..Steadfast Enhancement Training a.k.a. SET pada 21-23 hb nie...kat Janda Baekkk....hehe

Apepun,check it out! laterr..zazz...






Thursday, October 1, 2009

..Riang Ria Raya..Syawal 1430H..


Saya percaya,..ramai yg dah menceritakan tentang suasana raya masing2. ..
Kisah raya kami telah pun diceritakan oleh kakak sulung saya, www.irfanzaquan.blogspot.com..dari raya pertama hinggalah raya ketiga..Pasni,kne dok pakat,bagi standardize ..tahun ni raya umah sendiri ke mertua...Thanks Along!

Ada bezanya pada saya tahun ni,..rasaya tahun ni,tahun last dapat duit raya,..sob..sob..Raya tahun depan,(saya dijangka telah tamat belajar dan bekerja..so,tibe mase utk 'memuntahkan' kembali duit2 raya yg pernah dikutip)...ameen..

Lihat usaha-usaha saya mengumpul duit rayer dan men'ceti'kan diri...

..dan,amik gambar sesamer...

Keluarga Puan Norani Salleh..
Ya Allah berkati hidupku dan keluargaku....

*****************************

Di samping itu,raya tahu ini juga mengembalikan nostalgia lama apabila beraya bersama kawan2 ex-Smka Segamat yang saya kasihi pada raya ke-4..kweng3..

Lebih kurang 18-20 orang bersama 5 buah bijik kereta..mari terjah dan serang!!!.......



Best sangatt..walaupun kepenatan beraya...

Dari rumah Arifuddin Ateh,ke rumah Besah,umah Nana,umah Khairani,Muna,Diba,...rumah Ummu Habbiah,Zahimie dan Helmi Aziz....

Seronok mengikuti perkembangan masing2..ada yg dah jadik pegawai kerajaan N41..ada yg jadik Cikgu-Cikgi...ada yg jadik penanam anggur secara hidroponik..hehe..dan ada yg masih "mentua'kan diri di Universiti seperti saya..Saya redha..
..Yer lah kan,sebelum masing2..ada yg dah bertunang and bakal berkahwin...kite wat pengembaraan solo bersama kawan-kawan...yer tak..Mase wat renion kat Mid Valley pun x ramai yg dapat datang,..

Layan gambo..


kat rumah Besah..tunggu pengantin..hehe

ni kat rumah Diba...

kat rumah Zahimie....last edisi ke Segamat

***********************************************
Tak cukup dgn serbuan dan terjahan ke Segamat,..tiba turn budak2 Segamat,Batu Pahat dan lain2 turun Kluang lak..
(nota:kalau tak,boyycott Segamat raya tahun depan..x moh pi lagi dah-majuk)

Thanks buat yang sudi datang beraya ke rumah saya,..
Nizam,Zahimie,Amirul Elmi...Icak,Wawa,Nurul, Nisa' Hamdan,dan Maisarah..serta Zulfahmi Mat dan Micheal Owen.cit..

Yang pasti,setiap kali raya kalau tak berkunjung ke rumah Cik Lela dan Cik Lan, memang raya jadik tak sah..Dan tahun ni,kami sama-samamenziarahi kubur sahabat baik saya,.
Allahyarhamah Nurul Diyana Roslan yang telah meninggalkan kami semua pada 29 Januari 2003..Semoga ruh beliau terus dicucuri Rahmat Allah...Al Fatihah..




Selepas ke kubur, mereka bertandang ke rumah saya..
Memang gamatt...elok benar Cik Lela dan mak saya ialah kawan lama..


Raya kali ni memang bermakna buat saya..
Syukur ku pada-Mu Ya Allah kerana masih mengurniakan aku sebuah keluarga yg bahagia dan sahabat2 yg ku kasihi kerana-Mu..

Buat yang bakal bertunang,telahbertunang dan melangsungkan perkahwinan,tahniah diucapkan..
Semoga Allah rahmati pilihan hidup kalian...dan bahagia di dunia dan akhirat..

Lama juga rasanya saya tidak menjamah nasik minyak..ngeh2.

Apepun,semoga ukhuwwah yg telah terbina ini tidak terheti setakat ini sahaja..
Ukhuwwah Fillah Abadan Abada...









Thursday, September 17, 2009

..Kad Raya untuk korang...tadaa..!!


tadaa!!! (kad ni buat sendiri tau!)

.."Selamat Berpose + Selamat Hari Raya + Selamat Hari-hari"...

Terutama kepada:-

$ my beloved family,.mak,abah,along+abg Omar=irfan,

angahku syg(ini  nada bodek),Abg Farid +Wana= Aqil,

dan Faiz adikku(..i love u all! )...

$ my ustaz ustazah,cikgu cikgi..+ lecturers

(yg tak jemu mendidik)

$ my rumateS + blockmate+mahallahmate

(yg duduk sebumbung)

$member2 budak Political Sciences(yg hampir setiap hari ngadap),

$ sahabat2 IRK (+Usrah+(Aye,Nab,Keh,Tim,Hawa)+ K.bib)

$ STEADFASTianS of IIUM..(+ Censerve+ anak buah)

$ committeeS Stabazz'09

$ staffs for Asean Logics Conference 2009

$..taklupa kepada sch00lmateSs..

SK Sengkang Muar,(1992-96) SK Gersek,Muar, (1996-97),SK Kampong Melayu,Kluang,Johor..(1997-98)+

SMK Agama Segamat (1999-2003)..dan Kolej Islam Sultan Alam Shah 2004/05.

Dan, ..Individu.. bernama:

$ Mohd ****** bin *****(bukan nama sebenar),tett....

$ bestfwen +kwn gado,Najihah binti Ahmad (UKM) ,

$ sahabat terbaik,Ummu Habibah bt Abdul Rahman (UM)* pompuan shj

$ Mainboard dan exco2,

Riz,Lukman,Bunda,Aizat,Dayah,Wani,aDA,Fahmi,..

Najat,Aima,Zaihan,Hanafi(my batch) ,barisan excoSs.. tak lupa, T.O.T's..

dan adik-adik Steadfastians.

Juga,kepada anda,..$ pembaca dan pengunjung blog saya yg tidak seberapanya ini.

cehh....

Serta seluruh umat Islam di seluruh dunia ..amnya..

(Ada yg terlepas/tertinggal namanya tak?

Jika ada,usah bersedih dan bimbang,..kalian tetap di hatii..cit..buh kat komen)

nota; simbol $ = kene mintak duit raya sama mereka ini.Awas!

Monday, September 14, 2009

Aku dan tempeyek VS rempeyek..

Cuti raya kali nie..ialah selama hampir 2 minggu, bermula..12 -27 Sept 2009.wahh!!

(psst..Dengar cite budak2 U yang dah cuti H1N1 aritu telah pun dipendekkancutinyer.) iskk..keshiannn.............

Saya terpaksa 'menggadaikan' tiket 11hb(Fri) kerana menyiapkan satu tugasan penting.Apakah??jeng.jeng..jeng..*

Muktamadnya,tiket saya bertarikh 112Sept,Sabtu,6.30 ptg,..

.."naik dari Terminal sementara Bukit Jalil,ye dikk.."-kata akak kaunter bas Satria tu.

Bukit Jalil?

Ini adalah pengalaman pertama saya menaiki bas dari situ.Rupa-rupanya semua laluan ke arah selatan ditempatkan di situ..

ini bukan bas yg saya naiki.Sekadar gambar hiasan.hi..

Mujur k.ngah saya (dan 'bakal' abg ipar saya) sudi menghantarkan saya terus ke sana di samping berbekalkan KFC Snack Plate+ Iced Milo+Cheezy Wedges+ bubur lambuk KFC sebagai juadah berbuka dalam bas nanti..(Uikss..ni makan satu bas ke..

((dalam bas nyanyi lagu Balik Kampung Allahyarham Sudirman dalam hati))

psst..xleh nyanyi kuat-kuat..

************************************

Bila dah namanya bakal duk rumah lama-lama nie..ada yg best,..ada yg x best..dan kenapa..

Best-sebab nanti sahur dapat makan nasik..(adui yay-sedeyy), dapat makan masakan mak, leh tido kat tilam spring kat bilik kesayangan tu..leh ngadap laptop+broadband) tanpa menghadap buku)..yeay! serta..main Tekken5 PS2 kat rumah abg dan jumpa Mohd Aqil Hilmi bin Mohd Farid..

Tak berapa best-sebab..kne bangun sahur awal,4.30..(Kant0i.kat mahalah bangun dekat 5.30!), sebab kne jadik bibik ..jap..(6x2)x 4x2x1x2x...+12-24+12 ..=jumlah tingkap kne lap.. Almaklumlah setahun sekali.. Selalunya kalau duk umah lama-lama ni mesti gaduh ngan adik aku sowang tuh,..(nasib baik dia dah masuk UM dan cuti lambat..).Lagi..x best sebab,..xleh gaduh ngan adik aku tu la.hehe.isk..ni da kire banyak x best dari best ni..

Hari pertama berlalu dgn cepat..

Hari kedua...haa...baru nak masuk isi..(Segala di atas hanyalah intro semata-mata)ceh.

Haa..pernah dengar ni..Tempeyek atau Rempeyek? (Bagi yg Jawa total,kalau buat-buat tak pernah dengar,siapp..)

kat sekolah dulu sibuk dok survey tanya member pada  waktu prep,

"wea,nama peyek , tempeyek ke rempeyek..?"

"Tempeyek la"

"ape plak.atuk aku panggil rempeyek"

Tak kisah la apepun nama dia, tapi ada sounds peyek tu,jadila.Nape ye bercakap pasal peyek ni..

Sebabnya,pada hari kedua itulah..,mak mula mengeluarkan alatan-alatan nya..

Mula-mula saya nak wat-wat bizi kemas depan rumah..tapii..

"La..Adilla...*tolong mak jap nakk.."-mak memanggil saya

"Nape mak"..

"Tolong amikkan dulang kat rak atas tu.mak nak wat bubuh ni haa"

Yang sebenarnya..saya dah tahu taktik mak..hehe..

Terus saya bersila duduk sebelah mak dan tolong 'kacau'...hehe

 bahan-bahan yg diperlukan ialah..

tepung beras+ tepung sagu, ketumbar, jintan manis, santan,telur,kacang tanah (utk peyek), /kacang dal/kacang hijau (untuk tumpi). (nota:Kuantiti kalau nak tahu tanya saya ya.Nanti saya tanya mak saya ya)ngee...

Ada satu shot penting yg lupe saya nak amik,part nak menebar di atas kuali..ha..

Mak kata," mak nye tak lawa memang,..tapi ada rasa.." ceh..tak nak kalah.hihi.

Sebabnya,biasenye orang wat saiz bulat-bulat,kan..Ha,yang tu leceh sket la coz kne wat satu-satu.Yang mak saya buat pada hari itu ialah tiga kampit beras bersamaan dapat isik dalam2 tin besar lebih,dalam masa 2 jam!

Tengok sajalah berapa banyakk kuali daa.....

menurut emak,..Kuali satu-untuk mengeringkan tepung,..sebab,dia akan jadik camni...

ha..nampak mentah kan..

Nampaknya,kerja saya la tu utk peringkat 2 dan tiga...

 "hurm..alangkah bestnye menikmati peyek ini bersama Qistina,Ada,Bunda..dan Hamas...kweng3..."..

"Haa..api jangan besar sangat..slow-slow balik-balikkan"-mak mematikan angan-angan saya.

Setelah tus minyaknya,...letak atas dulang bagi tujuan penyejukkan.Tak payah masuk peti ais lak..atau,..biarkan terlalu lama untuk sejuk..tu nak melemaukan namanya..

Ha,..da siapp...tadaaaaaaaaa..........

ha..warna keemas-emasan gitu..

(padahal mak kata cam "ireng"..a.k.a rentung gak la..haha-abesla kuih makk..)

Setelah siap,sejuk,leh susun elok-elok dalam tin..

pesan ngan mak,

."mak,kalau org kate sedap,cakap la Dilla yg wat ea mak..kalau tak sedap,mak yg buat.."

Hehe.Mak iyekan je..Masak sangat ngan perangai anak dia yang sangat 'baikhati' ni..

Ha,kawan-kawan..walaupun kita dah pun mempunyai kuih-kuih ke'Baratan' seperti Almond London, Mama Carries,Cornflakes Madu, Biskut Suji,Tart, namun,jangan pernah lupe pada nama-nama Melayu seperti sarang semut, kek sarang tebuan,..(haiwan-haiwan lagii) ,kuih rose,dahlia, dan nama-nama baik seperti kuih bangkit! ,kuih makmur,..dan semperit.(yg semperit tiada kaitan)

Bagi ahli rumah seperti rumah saya,kuih-kuih ini jarang 'laku' .Apa yg laku ialah kerepek-kerepek dari kerepek pisang,ubi,ubi pedas,sukun...ha,tgk supply laa..Banting mari maa...

Bagikaum-kaum Hawa di luar sana tu,ringan-ringankan tangan belajar membuat kuih kerana selagi boleh ditunjuk ajar,buatlah..sebelum kita menunjuk itu dan ini (kepada kuih).

Sekian.

Sunday, September 13, 2009

..Iftar dan Ramadhan terakhir..

Ada beberapa iftar yg saya berpeluang hadiri sepanjang Ramadhan di kampus tahun ini.Antaranya,

Iftar STABAZZ'09, Iftar mainboard di warung " Pak Kassim dan Pakcik Md.Noor", (nak kepastian sila tanya Ada dan Fahmi), Iftar Ex-kiSAS batch STPM 2005/06, Grand Iftar STEADFAST, Iftar GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia), Iftar Asean Logics@Wawasan Club,dan tidak dilupakan iftar bersama jiran-jiran tetangga di blok F Mahallah Maryam ,dan iftar bersama org2 tersayang...tett...

"Sedar tidak sedar,ia (mungkin) Ramadhan terakhir saya di Taman Ilmu dan Budi ini.."

sob..sob..  

Nyata setiap penganjuran ada bezanya dan keunikan tersendiri..dan ada beberapa yg saya nak kongsi..

Iftar Re-Union ex-Kisas batch STPM 2005/06

6 September 2009-Gerai Wak Kanang,Klang,Selangor

 tomyam ikan..1st time mkn..

Komen: Rasa puashati sebab even dlm short notice,n thru Facebook,..lebih 20 org gak yg berjaya menghadirkan diri,(tak termasuk yg tak dapat mesej n tak sempat check inbox facebook lagi).

Bak kata Zaa'ba, "masa untuk berkumpul..sebelum lebih ramai yg grade dan keje n balik kampung msg2.."

Diam tak diam,..dah 5 org batch kteorg yg dah kahwin! wahh!!

Tak kurang 2,3 org yg sambung Master dalam bidang masing-masing..Congrates guys!

Lepas ni boleh wat reunion lagi dan sila datang bersama spouse dan anak-anak yer.

Before balik, dok sibuk nak amik gambar lagi...

wakil dari kelas Bahasa Melayu 2 dan 3

..Shafiq(UKM),Jeme (UPSI)', -saya-, Wan Nurzahidah(mantan HAWA)(UM) dan Ehima (UKM)..

.......cheese...........!!

"ape cheese-cheese..ko x puase ea"..

Tak kurang ada yg nak bergambar ikut Universiti masing-masing.

UKM! UKM!

UM!

Kate Jeme, "wea,balik UKM then amik gambar kat UKM la!.."

************************************************************************************

Grand Iftar STEADFAST ,

8 September 2009, Kulliyyah of Economics

Saya menghadirkan diri sejurus tamat Midterm Organizational Theory and Behaviour pada 5-6.30-pm.

Saya percaya ramai yg telah membuat entry tentang Iftar yg best ni..

(lawati www.steadfastiium.blogsot.com)

Sebaik sampai, Steadfastians sedang bertadarus mambaca juzu' 30..(bukan 30 juzu' yer..)

..Sodaqallahul a'zim..

Kemudian,doa dan makan!!!

pas mangan,solatt..

..Attahiyyatul...

Kehadiran OIC (Officer-in-charge), Bro.Khairulzain menambah lagi 'seri' majlis.

Beliau mengimamkan solat Maghrib dan "Chicken Soup for the soul" bertajuk "orang-org yg bermasalah dalam hidup.." . Interesting...

Seusai solat witir, kite wat mass gathering utk bulan September lak..

(nota: untuk bulan Oktober jgn lupe tau!)

RnD memainkan peranan,..dgn IQ Speed nyer,..x suda-suda sgn soalan UIA dan harga petrol terkini,dan motto terbaik nye..

Namun,walaupun soalan itu pernah bocor pada massgath yg lalu,masih ramai yg gagal menjawab soalan dgn tepat..haha..

Nyata manusia sering terlupamengambil iktibar dari yg lalu..(termasuk diri saya)

Setelah selesai,..kemas2,..dan,...

saya dan Bunda,Ada,Dayah dan Najat,..

masih ada 1 lagi projek utk dilaksanakan..kerja gila d***e t**u..dan kenangan di Tangga Besar UIAM.

ape dia??? tett..............

"Hanya Jauhari mengenal manikam"

"Hanya Johari mengenal Maniam"..

(tiada kaitan)

Overall,...Iftar yg best,..tahniah buat biro SENDI (Semaian Budi) ,exco,headcomm dan konco-konconya atas penganjuran majlis ini dgn jayanya dan penuh pengisian dan tidak lompong..(tidak seperti iftar lain)(saje bagi kredit lebih)

dan Ramadhan ini masih berbaki beberapa hari lagi..

Semoga saya menjadi insan terpilih yg dapat mengejar nikmat di 10 malam -malam terakhir Ramadhan..

Saturday, August 29, 2009

..my hamster called 'HAMAS'..

Akhirnya berjaya juga saya 'memiliki' seekor hamster setelah penat beratur panjang disebuah Petshop sekitar ibu kota Kuala Lumpur kelmarin.

(ini adalah cerita rekaan)

Hamster saya ini diberi nama "HAMAS"..(tiada kaitan dgn yg hidup atau mati)

Menurut pemilik asal 'Hamas',Mr. Abowman,..

"This lively pet hamster will keep you company throughout the day. Watch him run on his wheel, drink water, and eat the food you feed him by clicking your mouse. Click the center of the wheel to make him get back on it."

Maka, kepada penziarah blog ini, "pliz feed my Hamas!"-menurut pemilik blog ini.

(nota: Hamas x puasa.so boleh bagi makan anytime keh) TengQ...

Friday, August 28, 2009

..Separuh hari di Wisma Putra,Putrajaya..

JUMAAT  lepas,..segerombolan student of Political Science + lecturer pengiring (our beloved Dr Fuzi Omar) telah bersama-sama bas menuju ke Wisma Putra,Putrajaya...dengan jayanya..

Objektif 'educational visit' ini ialah ..mcm biasa..utk memberi pendedahan tentang Wisma Putra ini..(di samping men'detect' 'potential channel and linkss..)hehe.tipu jer.

Wisma Putra,....a.k.a Kementerian Luar Negeri ni..fuhh..memang cantik.'ada style' lah!. Mase mula-mula sampai kteorang dijemput utk melihat foto-foto umat-umat yg terdahulu..hehe. Sejarah Wisma Putra ini ,tokoh-tokoh,..dan macam2..dan barulah ke Bangunan WP2 utk sessi taklimat..ha..part ni yg penting yg sebenarnya aku nak kongsi..

klik!

Sebaik masuk ke WP2, kamera kene simpan dan masuk ke Auditorium WP2..

Ucapan alu-aluan dari Mr.Francisco..Timb.Setiusaha Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam..all about Wisma Putra..dan part yg 'captured' me the most is... " apabila Bro.Rizal bertanya soalan ttg prospek kerjaya di Wisma Putra..."oh,ia seakan2 memahami apa yg sedang bermain-main di fikiranku ketika itu.."tett....

Prospek kerjaya,ya...

Slot seterusnya ialah taklimat dari En.Saiful Anuar, Ket.Pen.Setiausaha..bahagian..x ingat..tapi berkaitan kerjaya..dan En.Saiful juga adalah bekas pensyarah Political Science UIA suatu masa dulu...huuu..........(tepuk2!!!)

Berminat menjadi pegawai di Wisma Putra@Kementerian Luar Negeri?? (saje bagi bold)

* Mempunyai kelulusan dari mana-mana Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf (Kepujian)?

*Berkebolehan menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris/ (plus ++ mana-mana Bahasa Asing) 

* CGPA 3.2 dan ke atas? ( + aktiviti ko-kurikulum)..

* Berjiwa Kental ? Mempunyai kekuatan mental dan fizikal? Bekerja 'under pressure?

* Sanggup tinggal di luar negara?? (erk..sanggup2..)hehe

(hihihi...korang boleh percaya 3 isikpertama dari atas..yg lain,aku tambah2 sendiri)

Tapi pada dasarnya lebih kurang mcm tula..

Camana nak mula??

Dengan mengisi borang SPA8..sebaik korang tamat belajar nanti..

Ada dua,samada dari Pegawai Tadbir N41..atau PTD M41..dan ia mempnyai sejarah training yg panjang..(sape-sape yg dah nak berwalimah,sila fikir 8-9 kali)..ini serius..

Selepas berkhidmat selama2-3 tahun sbg salah 1 di atas...

-Diploma Pengurusan Awam di INTAN 6 bulan ( up to 12 bulan )

-Diplomatic Training Course  4 bulan (up to 6 bulan)

-Penempatan di Luar Negara (3-4 tahun)

-Berkhidmat di Kementerian Luar Negeri..(beberapa tahun)..

(semua perkara tertakluk kepada terma dan syarat..)

Specialities?

Banyakk..dan seperti yg korang sedia maklum,..darisegi allowanceSs..education, free air pasage,Housing and Utilities,..dam macam2 lagi..

Wah!! macam bestt..tapi En.Saiful sendiri pun cakap,.

".memang ramai yg nak masuk,dan ramai jugak yg nak keluar.."

waa..ape maknenye?

dan seperkara yg manarik perhatian aku,..

"Bercakap mengenai penempatan di luar negara,..tidak semestinya kita akan ditempatkan di tempat-tempat seperti London dan Paris!, malah seperti Fiji...."

Fiji?(negara di bawah pemerintahan diktator dan Jeneral Tentera itu"?)

"Saya dulu di tempatkan di Belgium.." En.Saiful menambah lagi..

Belgium!

...Kerjaya ini memang menarik perhatian saya..dan paling penting sebenarnya,..nawaitu kita..

A kredit saya berikan kepada idola dan sumber inspirasi saya selama ni,..iaitu..

mak usu saya..yang kini sedang menetap di US Washington DC..sekeluarga..

............miss them all!!.................Amirul Asyraf,Aniq Shahmi, AriZz...

mak usu,i'm proud of you..

As for now,...aku mula berangan-berangan,......

dan berangan terus berangan......

..ke negara manakah aku akan pergi...

(nota: itupun jikalau layak dan terpilih...Singapura negara bersebelahan Johor tu pun aku tak pergi lagi)

..Lepas talimat,makan .bergambar-gambar dan ke UPM..(bukan nak lawat, brothers nak tumpang solat Jumaat je.Perjalanan ke Masjid Putrajaya dihuatiri mengalami kesesakan teruk)

..Separuh hari yg best..dapat bukak sket mata dan minda ni...overall..7/10)

"ada talent jadik PTD tak agak-agak?"

Ya Allah, bantulah aku dan permudahkan urusan hidupku...

..TESTING POWER..

testing power ape?

..power Rangers?

merepek betul..

blog yg sudah mula berhabuk setebal setengah inchi ini akhirnya meraih simpati saya..

Saya menulis kerana jika saya tahu apa yang ingin ditulis, kerana mahu menulis, (bukan kerana kau dipaksa aku terpaksa) hehe. mampu menulis (kerana berpeluang..) dan macam-macam yg ada..

(Yang sebenarnya saya terus beralasan..)

alasan apa pula kali ini..

"NO. NO. NO.!

Jangan salahkan keadaan kerana keadaan tidak pernah bersalah..

Jangan salahkan wireless UIA yg yg masih belum 'broad band'nye ke seluruh pelusuk Mahallah..

kerana kini kau mempunyai 'broadband' sendiri..." (kata hatiku sendiri)

Tiada beralasan lagi..

Monday, June 22, 2009

..sepintas lalu...

..sepintas lalu...haa..ini bukan lirik lagu feminin tu yer..

"angin bayu..membawa diriku..sepintas lalu..ku terkenangkanmu.."

kunjungan ke blog yg tertangguh sejak berabad yg lalu ini tampak usang dan suram tanpa sebarang inovasi dan pembangunan..

Lesen F gagal diperolehi dan tiada lesen layak menduduki..

Kontraktor2 dari Bangladesh dan Nepal gagal dibawa masuk akibat sekatan Kerajaan Dalam Negeri dan merebaknya virus Influenza A H1N1..

ya..ruang ini sunyi sekali..

hehe..apa aku merepek ni..

Saje singgah jap..zaaz..

Semester pendek ini a.k.a. "Short Shem" (bak kata najat) ops!

tidak bermakna saya bersenang lenang dan "mejahit mata" saban hari..

Saya di offer menjadi sales assistant dibooth My Lovely Muslimah di Giant Kota Damansara.. lihat www.mylovelymuslimah.blogspot.com

Tawaran yg datang umpama ayam golek yg datang bergolek (ada ker)

detik2 awal memulakan tugas bersama sahabat baik saya,Ayesha,..huhu..toksah nak kata..sesat di Kuala Lumpurr sudah menjadi asam garam dalam nak memulakan tentang erti "belajar jalan KL"..Sekurang2nya saya berusaha keluar dari 'comfort zone' saya dan menguasai satu lagi zone yg baru..

Kelas, Survey of Political History dan Advanced Research Method Monday,Tuesday,Wednesday, 9-10.50 am dan 11-12.50 am..

...

dan,esok..exam Advanced Research Methodology  bermula..diikuti Survey..oleh kerana esok exam..maka saya perlu berhenti segera..kerana buku2 dan nota itu belum saya sentuh...

saya menaip ini hanya sebagai 'syarat" atau org kata "wat syarat'...apabila terlihat kan post "Under Construction" saya mendapat komen tertinggi setaka ini..

Dan blog ini diletakkan di bawah under construction and maintainance lagi..

ya..bertangguh lagiii.....

Wednesday, April 1, 2009

Under construction..

Under construction..

cerita bermula apabila saya berkenan kat sebuah template, lalu tanpa membaca arahan,saya melakukan sendiri kerja-kerja pengubahsuaian..maka,jadilah begini...

Buat masa sekarang saya sedang sibuk membuat persiapan utk final exam 5-15 hb nie, jadi, insya-Allah..saya akan malakukan rombakan semula. (ceh,macam ape jer)

Tuesday, March 24, 2009

Family dekat di hati..

..terasa mata tidak mengantuk lagi ketika ini..12.48am.

buku Economics ,Welch terdedah tanpa dibaca..lantas saya menutupnya agar 'dia' tidak berkecil hati..

Entry ini lama terbiar..semester ini men'tua'kan tanpa saya sedari.Terlalu pantas masa berlalu..

Seawal March, dipenuhi dateline utk assignments Media n Politics, intro to Law, Public Personnel Administration, tidak kalah Political Ideologies...yg bukan satu for each subject, malah 2,3..Economics yg menuntut Quiz online setiap minggu..IPE yg menggusarkan hati saya tentangnya..macam2 lagi..Namun, Sunnah perjuangan ini perlu diteruskan...

Tidak dikesansampingkan, aktiviti kelab Steadfast yg menuntut tanggunjawab saya, walau sekali dua saya terpaksa menguzurkan diri kerana hal2 yg tidak dapat dielakkan..im sorry guys..

Usrah, yg turut terkesan kerana ke'redundant'an..dengan make-up2 kelas..asif,kak Bib..

Di saat ini, fikiran saya melayang jauh...

Terbaru, ketika entry ini ditulis, weekend lalu saya pulang ke kampung halaman yg sentiasa di rindui..

Saya bersyukur,kerana mempunyai family seperti ini..sentiasa dekat di hati saya..mak,abah..farid n faiz..di rumah..

Di Kuala Lumpur ini,yg men'tengok-tengok'kan saya, along dan angah saya...

Paling menggembirakan , along saya disahkan mengandung 4 minggu..alhamdulillah..

Maknanya,Irfan,bakal mendapat adik baru! patutla asyik 'cengeng' n isap ibu jari kaki jer..

Dalam masa yg sama, abang dan kakak ipar saya sedang berdebar-debar menunggu kelahiran sulung mereka dijangka due pada bulan Jun ni..

Alhamdulillah, keluarga saya semakin 'berkembang'..Tunggu angah je,bile nak kawen..hehe..(Ngah,hope ko x bace entry ni)

" eh,eh jott..akutinggal lagi 2 sem.." satu hari kata2 itu muncl ketika saya dalam kereta angah saya.

"Ala La,(shortcut bagi panggilan nama saya di rumah,Dila), jangan la grade dulu..aku lum kawen lagi..-angah saya menjawab..

Saya tersenyum apabila mengenangkannya.."bile mase plak aku ckp aku nak kawen" (dalam hati)

Pernah,angah saya menuntut 'banglo sebijik' jika saya kawen dulu sebelumnya..Maknanya,kalau langkah bendul la...Sudahla abg saya yg no.3 tu lebih dulu berkahwin,..inikan saya pula..

Terlalu awal untuk memperkatakan ini..

Paling takut, dengan frasa ini, "Kadang-kadang Allah nak jumpekan kita dengan org yg salah sebelum org yg betull.."

Mr Right?..the right man a the right time....?

Kadang2 kita 'berkawan' dengan org lain dan akhirnya berkahwin dengan org lain..

Betapa 'kisah' ini, bukan kita penentu perancangan..entah kenapa saya melencong ke sini..

Mungkin kerana terkenangkan perasaan 'kekeluargaan' itu tadi..Saya belum bersedia..

Walaupun kadang2 cemburu (frankly speaking) melihatkan rakan2 terlebih dahulu 'makan nasi minyak',..ya,cemburu..

kerana tiada lagi fitnah tentang hubungan yg tidak dihalalkan oleh Allah..

selagi mana mereka (suami isteri) saling redha meredhai ,maka mereka sentiasa terlindung dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah..

Pernah saya terfikir, ingin mencari pasangan yg baiknya seperti baiknya arwah ayah saya, masih wujudkah lelaki seperti itu...

Tiba-tiba saya terkenangkan arwah ayah saya.betapa saya sangat2 rindukannya..

Tiba-tiba airmata ini mengalir dan mengalir deras..

Sentimental dan emotional nya saya ketika ini...

Abah,..Dilla rindukan abah..sangat-sangat..

Dilla tak lupakan abah..Dilla doa selalu untuk abah..

Kita jumpa nanti di syurga ya bah...

" Robbi ghfir li, wa li walidayya warhamhuma kamaa robbayani soghiro.."

....

Sunday, March 8, 2009

Steadfast dan Akujanji program

" Ko tau x yg kita ada masalah sket.."-Riz

"masalah pe.."-saya

"Kita x cukup fasi yg leh turun Setiabudi esok..ramai xde.."-Riz

Pertemuan saya bersama Riz, Presiden kelab Steadfast selepas saya meng'submit' assignment International Political Economy di bilik Prof Dr. Elfatih pada petang Jumaat itu memberi khabar sesuatu kepada saya.

"Ok, aku try sok"-kata2 terakhir saya sebelum berpisah dengannya di situ.

Malam itu,saya menyusun semula to-do-list saya dan merancang sesuatu utk keesokan harinya(Sabtu)

...

Sabtu,9.00pagi- saya tekad mencapai helmet saya dan menunggang Suzuki V100 saya ke sekolah berkenaan.

Sebaik sampai, suasana dewan itu kelihatan agak penuh dengan pelajar2 sekolah dan ibu bapa yg hadir.

"AKUJANJI PROGRAM"...

Program kali ini ialah Program akujanji pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 yg bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2009 ini.Ia juga adalah 'kesinambungan kontrak' kami , Steadfast dan sekolah ini (Setiabudi) yg telah pun berlangsung dari tahun lepas. Ada peningkatan dari sudut keputusan peperiksaan di sekolah itu tahun lalu..lalu pihak sekolah bercadang menyambung 'kontrak' kami..(barangkali..)

Bezanya, pada tahun ini, saya tidak menjadi fasi tetap bg sesebuah kumpulan.Sengaja saya memberi peluang kepada adik junior untuk menimba pengalaman..Saya,sebagai observer..

Saya melihat 'flow' program berjalan lancar pada pagi itu..

Ucapan alu-aluan seperti biasa, persembahan pelajar yg saya kira 'cukup hidup' tentang realiti kehidupan mereka, dan tiba, sessi pengenalan mentor @ kakak-kakak dan abang-abang fasi dari UIA..Saya sengaja tidak ke depan dan memerhatikan mereka dari belakang

Kemudian,sessi Akujanji..

"Bahawa,sesungguhnya...kami..(pelajar.../guru.../ibubapa)..

Kemudian,acara kemuncaknya ialah..

upacara menandatangani Sijil Target PMR/SPM ..oleh pelajar, bersama ibu bapa mereka , dibantu oleh Mentor dan diperhatikan oleh guru-guru.

Ada yg target 9A/8A..tak kurang yg terang-terang mensasarkan B dan C untuk subjek-subjek tertentu seperti Bahasa Arab , Matematik,Sains etc..

Di sini mentor dan fasi memainkan peranan..

Program selama hampir 4jam itu berlangsung dgn jayanya..

Sebelum pulang,sessi Post-mortem diadakan...

Di sebalik kelancaran program itu,rupa-rupanya masih ada 'kelemahan' dan 'kesilapan' di mana..

Bukan untuk membuka pekung di dada, cuma menjadi seorang yg 'realist' untuk bahagian ini.. terutama dari sudut kami-masalah dari sudut pengurusan sekolah,perkara yg berbeza..

1) Komitmen fasi-tidak dinafikan,memandangkan isnin ni ialah hari cuti umum sempena Maulidul Rasul,ramai yg mengambil kesempatan utk pulang ke rumah masing2..Jadi, fasi 'shortage' itu berlaku..

Di sini,dilema itu berlaku..family first? atau tanggungjawab ini?

Menyedari ini ialah program mentor-mentee-based, fasi telah awal diberitahu yg ini ialah program yg ada follow-up dan perlukan komitmen berterusan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Ada yang berkata,...family first la kakk..

Ada yg kata, xpe..isnin kan cuti..pas program,still leh balik rumah lagi..

Ada yg kata, assignment aku berlambakk lagi...

Ada yg kata, demi khidmat masyarakat ini...macam2 lagi..

Saya sendiri mengalami dilema ini dulu...

Steadfast dan fasilitator di dalamnya bukan profit-making based, justeru fasi berbayar bukan keutamaan kami,..(cuma, kalau org/sekola da bagi..kami amik jelaa....ops.bukan masuk poket kami, tapi dalam tabung society kami.(termaktub dalam Constitution of Steadfast) Artikel dan Klausa,x ingat..)hehe

Jadi,point utama di sini, KOMITMEN..

terpulang kepada kepelbagaian individu untuk menilai dan 'judge'..

Bagi saya, ini ialah tanggungjawab sosial.."Kak,saya pun banyak hal ni.." Benar,memang banyak..

Sebagai seorang mahasiswa/wi universiti,.menghadiri jadual kelas setiap hari, bergelumang dengan 'course work',.. assignments, quizzes, examination,.CCAC nyer skills,..belum campur tanggungjawab lain, BRC/MRC barangkali,..society2 lain..memegang post atau tidak,committee event2 tertentu,..

Dalam kesibukan kita menunakan tanggunjawab kita sebagai seorang pelajar, jangan pernah lupakan tanggungjawab kita sebagai yg lain juga,..

sebagai daie..walaupun tidak sehebat Maruf Club(maaf jika saya katakan ini).

Namun da'ie ini tugas semua..nama pun Aslih Nafsak, wad'u ghairak...(motto kami)

Adakah dengan kita benar2 menjadi seorang yg soleh, nah baru kita ingin berdakwah? Da'wah ialah di mana-mana..semudah kita berbuat baik,atau mengajak org berbuat baik..

sebagai ahli masyarakat, apa peranannya?

2 b continued.......