Sunday, March 8, 2009

Steadfast dan Akujanji program

" Ko tau x yg kita ada masalah sket.."-Riz

"masalah pe.."-saya

"Kita x cukup fasi yg leh turun Setiabudi esok..ramai xde.."-Riz

Pertemuan saya bersama Riz, Presiden kelab Steadfast selepas saya meng'submit' assignment International Political Economy di bilik Prof Dr. Elfatih pada petang Jumaat itu memberi khabar sesuatu kepada saya.

"Ok, aku try sok"-kata2 terakhir saya sebelum berpisah dengannya di situ.

Malam itu,saya menyusun semula to-do-list saya dan merancang sesuatu utk keesokan harinya(Sabtu)

...

Sabtu,9.00pagi- saya tekad mencapai helmet saya dan menunggang Suzuki V100 saya ke sekolah berkenaan.

Sebaik sampai, suasana dewan itu kelihatan agak penuh dengan pelajar2 sekolah dan ibu bapa yg hadir.

"AKUJANJI PROGRAM"...

Program kali ini ialah Program akujanji pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 yg bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2009 ini.Ia juga adalah 'kesinambungan kontrak' kami , Steadfast dan sekolah ini (Setiabudi) yg telah pun berlangsung dari tahun lepas. Ada peningkatan dari sudut keputusan peperiksaan di sekolah itu tahun lalu..lalu pihak sekolah bercadang menyambung 'kontrak' kami..(barangkali..)

Bezanya, pada tahun ini, saya tidak menjadi fasi tetap bg sesebuah kumpulan.Sengaja saya memberi peluang kepada adik junior untuk menimba pengalaman..Saya,sebagai observer..

Saya melihat 'flow' program berjalan lancar pada pagi itu..

Ucapan alu-aluan seperti biasa, persembahan pelajar yg saya kira 'cukup hidup' tentang realiti kehidupan mereka, dan tiba, sessi pengenalan mentor @ kakak-kakak dan abang-abang fasi dari UIA..Saya sengaja tidak ke depan dan memerhatikan mereka dari belakang

Kemudian,sessi Akujanji..

"Bahawa,sesungguhnya...kami..(pelajar.../guru.../ibubapa)..

Kemudian,acara kemuncaknya ialah..

upacara menandatangani Sijil Target PMR/SPM ..oleh pelajar, bersama ibu bapa mereka , dibantu oleh Mentor dan diperhatikan oleh guru-guru.

Ada yg target 9A/8A..tak kurang yg terang-terang mensasarkan B dan C untuk subjek-subjek tertentu seperti Bahasa Arab , Matematik,Sains etc..

Di sini mentor dan fasi memainkan peranan..

Program selama hampir 4jam itu berlangsung dgn jayanya..

Sebelum pulang,sessi Post-mortem diadakan...

Di sebalik kelancaran program itu,rupa-rupanya masih ada 'kelemahan' dan 'kesilapan' di mana..

Bukan untuk membuka pekung di dada, cuma menjadi seorang yg 'realist' untuk bahagian ini.. terutama dari sudut kami-masalah dari sudut pengurusan sekolah,perkara yg berbeza..

1) Komitmen fasi-tidak dinafikan,memandangkan isnin ni ialah hari cuti umum sempena Maulidul Rasul,ramai yg mengambil kesempatan utk pulang ke rumah masing2..Jadi, fasi 'shortage' itu berlaku..

Di sini,dilema itu berlaku..family first? atau tanggungjawab ini?

Menyedari ini ialah program mentor-mentee-based, fasi telah awal diberitahu yg ini ialah program yg ada follow-up dan perlukan komitmen berterusan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Ada yang berkata,...family first la kakk..

Ada yg kata, xpe..isnin kan cuti..pas program,still leh balik rumah lagi..

Ada yg kata, assignment aku berlambakk lagi...

Ada yg kata, demi khidmat masyarakat ini...macam2 lagi..

Saya sendiri mengalami dilema ini dulu...

Steadfast dan fasilitator di dalamnya bukan profit-making based, justeru fasi berbayar bukan keutamaan kami,..(cuma, kalau org/sekola da bagi..kami amik jelaa....ops.bukan masuk poket kami, tapi dalam tabung society kami.(termaktub dalam Constitution of Steadfast) Artikel dan Klausa,x ingat..)hehe

Jadi,point utama di sini, KOMITMEN..

terpulang kepada kepelbagaian individu untuk menilai dan 'judge'..

Bagi saya, ini ialah tanggungjawab sosial.."Kak,saya pun banyak hal ni.." Benar,memang banyak..

Sebagai seorang mahasiswa/wi universiti,.menghadiri jadual kelas setiap hari, bergelumang dengan 'course work',.. assignments, quizzes, examination,.CCAC nyer skills,..belum campur tanggungjawab lain, BRC/MRC barangkali,..society2 lain..memegang post atau tidak,committee event2 tertentu,..

Dalam kesibukan kita menunakan tanggunjawab kita sebagai seorang pelajar, jangan pernah lupakan tanggungjawab kita sebagai yg lain juga,..

sebagai daie..walaupun tidak sehebat Maruf Club(maaf jika saya katakan ini).

Namun da'ie ini tugas semua..nama pun Aslih Nafsak, wad'u ghairak...(motto kami)

Adakah dengan kita benar2 menjadi seorang yg soleh, nah baru kita ingin berdakwah? Da'wah ialah di mana-mana..semudah kita berbuat baik,atau mengajak org berbuat baik..

sebagai ahli masyarakat, apa peranannya?

2 b continued.......

3 comments:

Anonymous said...

Sorry.. Performance menjadi fasi kat Setia Budi tidak mantap.. Darah gemuruh agaknya..

Anonymous said...

XPE..LEE..kite belajar dari kesilapan...masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan di maan-mana..
naslih nafsak,..nad u' ghairak

Anonymous said...

Farra,bez bce blog ko...aperpun kte doa yg terbaek wat STEADFAST k..chill n salam!