Tuesday, March 24, 2009

Family dekat di hati..

..terasa mata tidak mengantuk lagi ketika ini..12.48am.

buku Economics ,Welch terdedah tanpa dibaca..lantas saya menutupnya agar 'dia' tidak berkecil hati..

Entry ini lama terbiar..semester ini men'tua'kan tanpa saya sedari.Terlalu pantas masa berlalu..

Seawal March, dipenuhi dateline utk assignments Media n Politics, intro to Law, Public Personnel Administration, tidak kalah Political Ideologies...yg bukan satu for each subject, malah 2,3..Economics yg menuntut Quiz online setiap minggu..IPE yg menggusarkan hati saya tentangnya..macam2 lagi..Namun, Sunnah perjuangan ini perlu diteruskan...

Tidak dikesansampingkan, aktiviti kelab Steadfast yg menuntut tanggunjawab saya, walau sekali dua saya terpaksa menguzurkan diri kerana hal2 yg tidak dapat dielakkan..im sorry guys..

Usrah, yg turut terkesan kerana ke'redundant'an..dengan make-up2 kelas..asif,kak Bib..

Di saat ini, fikiran saya melayang jauh...

Terbaru, ketika entry ini ditulis, weekend lalu saya pulang ke kampung halaman yg sentiasa di rindui..

Saya bersyukur,kerana mempunyai family seperti ini..sentiasa dekat di hati saya..mak,abah..farid n faiz..di rumah..

Di Kuala Lumpur ini,yg men'tengok-tengok'kan saya, along dan angah saya...

Paling menggembirakan , along saya disahkan mengandung 4 minggu..alhamdulillah..

Maknanya,Irfan,bakal mendapat adik baru! patutla asyik 'cengeng' n isap ibu jari kaki jer..

Dalam masa yg sama, abang dan kakak ipar saya sedang berdebar-debar menunggu kelahiran sulung mereka dijangka due pada bulan Jun ni..

Alhamdulillah, keluarga saya semakin 'berkembang'..Tunggu angah je,bile nak kawen..hehe..(Ngah,hope ko x bace entry ni)

" eh,eh jott..akutinggal lagi 2 sem.." satu hari kata2 itu muncl ketika saya dalam kereta angah saya.

"Ala La,(shortcut bagi panggilan nama saya di rumah,Dila), jangan la grade dulu..aku lum kawen lagi..-angah saya menjawab..

Saya tersenyum apabila mengenangkannya.."bile mase plak aku ckp aku nak kawen" (dalam hati)

Pernah,angah saya menuntut 'banglo sebijik' jika saya kawen dulu sebelumnya..Maknanya,kalau langkah bendul la...Sudahla abg saya yg no.3 tu lebih dulu berkahwin,..inikan saya pula..

Terlalu awal untuk memperkatakan ini..

Paling takut, dengan frasa ini, "Kadang-kadang Allah nak jumpekan kita dengan org yg salah sebelum org yg betull.."

Mr Right?..the right man a the right time....?

Kadang2 kita 'berkawan' dengan org lain dan akhirnya berkahwin dengan org lain..

Betapa 'kisah' ini, bukan kita penentu perancangan..entah kenapa saya melencong ke sini..

Mungkin kerana terkenangkan perasaan 'kekeluargaan' itu tadi..Saya belum bersedia..

Walaupun kadang2 cemburu (frankly speaking) melihatkan rakan2 terlebih dahulu 'makan nasi minyak',..ya,cemburu..

kerana tiada lagi fitnah tentang hubungan yg tidak dihalalkan oleh Allah..

selagi mana mereka (suami isteri) saling redha meredhai ,maka mereka sentiasa terlindung dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah..

Pernah saya terfikir, ingin mencari pasangan yg baiknya seperti baiknya arwah ayah saya, masih wujudkah lelaki seperti itu...

Tiba-tiba saya terkenangkan arwah ayah saya.betapa saya sangat2 rindukannya..

Tiba-tiba airmata ini mengalir dan mengalir deras..

Sentimental dan emotional nya saya ketika ini...

Abah,..Dilla rindukan abah..sangat-sangat..

Dilla tak lupakan abah..Dilla doa selalu untuk abah..

Kita jumpa nanti di syurga ya bah...

" Robbi ghfir li, wa li walidayya warhamhuma kamaa robbayani soghiro.."

....

Sunday, March 8, 2009

Steadfast dan Akujanji program

" Ko tau x yg kita ada masalah sket.."-Riz

"masalah pe.."-saya

"Kita x cukup fasi yg leh turun Setiabudi esok..ramai xde.."-Riz

Pertemuan saya bersama Riz, Presiden kelab Steadfast selepas saya meng'submit' assignment International Political Economy di bilik Prof Dr. Elfatih pada petang Jumaat itu memberi khabar sesuatu kepada saya.

"Ok, aku try sok"-kata2 terakhir saya sebelum berpisah dengannya di situ.

Malam itu,saya menyusun semula to-do-list saya dan merancang sesuatu utk keesokan harinya(Sabtu)

...

Sabtu,9.00pagi- saya tekad mencapai helmet saya dan menunggang Suzuki V100 saya ke sekolah berkenaan.

Sebaik sampai, suasana dewan itu kelihatan agak penuh dengan pelajar2 sekolah dan ibu bapa yg hadir.

"AKUJANJI PROGRAM"...

Program kali ini ialah Program akujanji pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 yg bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2009 ini.Ia juga adalah 'kesinambungan kontrak' kami , Steadfast dan sekolah ini (Setiabudi) yg telah pun berlangsung dari tahun lepas. Ada peningkatan dari sudut keputusan peperiksaan di sekolah itu tahun lalu..lalu pihak sekolah bercadang menyambung 'kontrak' kami..(barangkali..)

Bezanya, pada tahun ini, saya tidak menjadi fasi tetap bg sesebuah kumpulan.Sengaja saya memberi peluang kepada adik junior untuk menimba pengalaman..Saya,sebagai observer..

Saya melihat 'flow' program berjalan lancar pada pagi itu..

Ucapan alu-aluan seperti biasa, persembahan pelajar yg saya kira 'cukup hidup' tentang realiti kehidupan mereka, dan tiba, sessi pengenalan mentor @ kakak-kakak dan abang-abang fasi dari UIA..Saya sengaja tidak ke depan dan memerhatikan mereka dari belakang

Kemudian,sessi Akujanji..

"Bahawa,sesungguhnya...kami..(pelajar.../guru.../ibubapa)..

Kemudian,acara kemuncaknya ialah..

upacara menandatangani Sijil Target PMR/SPM ..oleh pelajar, bersama ibu bapa mereka , dibantu oleh Mentor dan diperhatikan oleh guru-guru.

Ada yg target 9A/8A..tak kurang yg terang-terang mensasarkan B dan C untuk subjek-subjek tertentu seperti Bahasa Arab , Matematik,Sains etc..

Di sini mentor dan fasi memainkan peranan..

Program selama hampir 4jam itu berlangsung dgn jayanya..

Sebelum pulang,sessi Post-mortem diadakan...

Di sebalik kelancaran program itu,rupa-rupanya masih ada 'kelemahan' dan 'kesilapan' di mana..

Bukan untuk membuka pekung di dada, cuma menjadi seorang yg 'realist' untuk bahagian ini.. terutama dari sudut kami-masalah dari sudut pengurusan sekolah,perkara yg berbeza..

1) Komitmen fasi-tidak dinafikan,memandangkan isnin ni ialah hari cuti umum sempena Maulidul Rasul,ramai yg mengambil kesempatan utk pulang ke rumah masing2..Jadi, fasi 'shortage' itu berlaku..

Di sini,dilema itu berlaku..family first? atau tanggungjawab ini?

Menyedari ini ialah program mentor-mentee-based, fasi telah awal diberitahu yg ini ialah program yg ada follow-up dan perlukan komitmen berterusan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Ada yang berkata,...family first la kakk..

Ada yg kata, xpe..isnin kan cuti..pas program,still leh balik rumah lagi..

Ada yg kata, assignment aku berlambakk lagi...

Ada yg kata, demi khidmat masyarakat ini...macam2 lagi..

Saya sendiri mengalami dilema ini dulu...

Steadfast dan fasilitator di dalamnya bukan profit-making based, justeru fasi berbayar bukan keutamaan kami,..(cuma, kalau org/sekola da bagi..kami amik jelaa....ops.bukan masuk poket kami, tapi dalam tabung society kami.(termaktub dalam Constitution of Steadfast) Artikel dan Klausa,x ingat..)hehe

Jadi,point utama di sini, KOMITMEN..

terpulang kepada kepelbagaian individu untuk menilai dan 'judge'..

Bagi saya, ini ialah tanggungjawab sosial.."Kak,saya pun banyak hal ni.." Benar,memang banyak..

Sebagai seorang mahasiswa/wi universiti,.menghadiri jadual kelas setiap hari, bergelumang dengan 'course work',.. assignments, quizzes, examination,.CCAC nyer skills,..belum campur tanggungjawab lain, BRC/MRC barangkali,..society2 lain..memegang post atau tidak,committee event2 tertentu,..

Dalam kesibukan kita menunakan tanggunjawab kita sebagai seorang pelajar, jangan pernah lupakan tanggungjawab kita sebagai yg lain juga,..

sebagai daie..walaupun tidak sehebat Maruf Club(maaf jika saya katakan ini).

Namun da'ie ini tugas semua..nama pun Aslih Nafsak, wad'u ghairak...(motto kami)

Adakah dengan kita benar2 menjadi seorang yg soleh, nah baru kita ingin berdakwah? Da'wah ialah di mana-mana..semudah kita berbuat baik,atau mengajak org berbuat baik..

sebagai ahli masyarakat, apa peranannya?

2 b continued.......

Monday, March 2, 2009

kesibukan itu....

.mengajar saya tentang erti dan makna kehidupan..

sibuk lagi..
seawal minggu kedua february ini..

2-6hb- setiap gap antara kelas,saya bergegas ke CAC membantu Kak Bib,(kakak naqibah saya) di gerai mylovely muslimah yg menjual pakaian2 muslimah

 


sibuk lagi..
seawal minggu kedua february ini..

2-6hb- setiap gap antara kelas,saya bergegas ke CAC membantu Kak Bib,(kakak naqibah saya) di gerai mylovely muslimah yg menjual pakaian2 muslimah

www.mylovelymuslimah.blogspot.com

5hb-10am-Quiz econs ,covers 3 chapters6hb-meeting mainboard utk Sessi Heart to Heart session bersama member Steadfast

 Barisan mainboard 

7hb- memantau program Mentor-mentee di Sek Men Taman Ilmu dan Budi


8hb-gotong-royong OR Steadfast untuk Student Carnival+ submit quiz online Economics
9hb-Thaipusam
12hb-Midterm Ideology-Student Carnival

13- make up class Media n Politics (tapi saya skip kerana mendengar talk Prof.Ataullah Kopanski! setelah berlawan cakap dgn Dr.Ishtiaq. i dunno why ..

14 dan 15- konon2 nak sttudy, namun hati saya masih di Booth Steadfast (sempena Student Carnival organised by S-Dev)



dan minggu yg paling kritikal bagi saya bermula..

18,rabu-Midtermb International Political Economy
19,khamis-Midterm Public Personnel Administration (mujur postponned)
20,jumaat-midterm Law and Government
21,sabtu-study economy sepanjang hari dan bercadang submit quiz online pd malamnya..
namun..x dapat access Wileyplus.com until 12 pm! dan akhirnya saya menjawabnya sepanjang pukul 1-3 pagi..
22,ahad-ada presentation How to Make a report as an Assist Sect General Steadfast.
(sorry to leave u all earlier guys....)

pada malamnya...seorang 'sahabat baik' saya jatuh moto kerana mengelakkan daripada terlanggar dgn seorang sister yg membelok keluar dari mahalah Asiah tanpa signal dan toleh kiri kanan!..paling sedeyy..dia dalam perjalanan utk menghantar potongan kek harijadi yg dibeli oleh kakaknya kepada saya.....
setelah bergegas ke klinik uia (yg tiada doktor walaupun baru pukul 9 malam),.
ambulans mahu menghantar ke Hospital Kuala Lumpur..bagaimana saya menemaninya ke HKL dan merasakan pengalaman pertama menaiki ambulans yg terbang!Fikiran saya langsung tiada pada buku Media n Politics tu,padahal ada midterm on that on the next day..Saya hanya mengharapkan keberkatan..Balik pukul 12 lbh..saya menyambung tangisan saya sehingga saya tertidur kepenatan..buku2 itu turut tidur bersama saya..

23,isnin-kepala masih berat-midterm media n politics..
24-midterm Public Personnel Administratrion
25-Midterm2 Political Ideologies+submit Quiz online economics....



Saya termenung..dan sesekali saya menangis...lemahnya saya ketika ketika ini..
Mungkin perjuanagan saya ini tidak sehebat apabila melihat dan membandingkan album perjuangan sahabat2 lain...
Pernah...
saya bersa hampir2 kecewa dan putus asa...
pernah..
saya menangis kerana tidak fokuis dan tidak faham apa yg saya baca..
pernah..
saya berasa begitu tertekan utk maintain pointer dan cgpa saya...
pernah..

saya sujud sambil menangis tersedu-sedu mengadu kepada Allah..lemahnya saya sbg hambanya yg mudah tewas dgn 'jentikan' ujian-nya..

ya Allah...



"mak...." hanya kata-kata itu yg sempat saya tuturkan sebelum saya menangis teresak-esak dan tidak mampu bercakap...apabila saya mencari 'kekuatan' dgn menelefon mak saya..saya tidak berniat utk membuat mak risau ttg saya..saya hanya perlukan 'kekuatan'..kerana dia sumber inspirasi dan kekuatan saya..

Perjuangan ini perlu diteruskan...Life must goes on..
Bulan Mac menanti..dgn penuh lagi tugasan sebelum Final exam bermula awal April ini..
Saya perlu awal bersedia...