Friday, January 30, 2009

Basic Counselling..

"Sorry sir, i just printed my comfirmation slip"Dia hanya mengangguk dan memberikan isyarat mengambil tempat duduk.

Kelas Basic Conselling saya yg pertama pada hari itu..30 Jan 09.Jumaat,5-7pm.
Tetapi saya tiba pada jam 6 ptg! how dare me!

Alasan...
pada minggu pertama yg sepatutnya bermula, 9hb yg lalu..saya ke Langkawi..
minggu kedua,University tutup due to 'water shortage'..minggu ketiga, saya ada driving class..dan kali ini,saya perlu menghadirkan diri tanpa kompromi..
Ya,perlu....

Pada jam 5.10 petang,saya tiba di ADM LR1..tiada org..
hurm?kelas cancel ke? postponned?

"adui..mati aku..dahla tak kenal sesape.."gerutu sendirian.

Saya meraba-raba beg..handset saya tiada..
"ah,sudah.."

Terasa air muka saya berubah.Saya yg mengalami 'phobia of loosing handset",pantas berfikir..
"Nset kat meja bilik tadi..hurm..kalau kelas mmg xde, baik aku balik bilik,amik nset,..amik buku econs..leh study sket utk quiz..mlm ni ada meeting"

Ketika pulang,jiran bilik saya ,Suhana a.k.a ana menegur, "fara,ko bukan gi kelas ke tadi?""Haah, tapi kelas aku xde org la tadi,dahla x pernah datang"saya menjawab..
"Aku pun tak pernah datang lagi..ha.ha.ha" Jawabnya dgn bangga diiringi gelak besar yg mmg 'very known' di blok saya.
"Cuak dui aku.."saya membalas..
"Cuba ko check kat Comfirmation slip, sbb kadang2 dia tukar venue"dia menambah.
"Ha??tukar venue?"

Seberapa pantas saya ke CC dan print CS saya..Basic Counselling Skills..ADM LR 10.
LR 10????
Saya memecut laju Suzuki V100 saya ,parking,dan mencari LR 10.
Tiada..
Tak mungkin..
Rupanya di wing yg lagi satu..

..err.."Sorry sir,i just print my comfirmation slip
...
semua mata memerhatikan saya sebaik saja melangkah ke kelas..
Kelas Kaunseling saya telah sejam bermula..Ilmu Kaunseling ini perlu dituntut..
dengan harapan..
saya lebih memahami diri sendiri..saya dapat belajar memahami org lain..
Menjadi pendengar yg baik..dan bukan menjadi penyelesai masalah org..tetapi, hanya memberikan pilihan2 jalan penyelesaian..pokoknya di sini..bukan harus ditebang,
tetapi..ia terpulang pada diri individu itu sendiri..

"Ah,berangan lagi lg kelas..fokus2.."(bisik dalam hati)
Lalu saya memandang mulia, 'cikgu' saya, "En.Khairulzain" yg sedang memberikan lecture di hadapan..

Fokus...

Sunday, January 25, 2009

'my hubby'..majokk..


Di suatu petang..
seusai membeli makanan di cafe Mahalah Maryam saya duduk menghadap 'kekasih biru' saya..
mengusap-usap bahagian hadapan badannya yg bersticker Uia..lampu..
seraya berbisik.."kenapa nie.."..

Dia diam tanpa menjawab..
(kalau dia menjawab mahu juga saya lari dari situ serta-merta atau jatuh pengsan di situ)

Seawal sem baru bermula, saya telah menghantar my 'hubby' ke 'klinik' berhampiran (bengkel moto UIA)..kerana kerosakan tayar yg menurut Najat seperti'ikan flower horn' ..berbenjol-benjol..(rugi kerana saya tidak meng'capture' gambar tayar tu).
Ia terjadi ketika saya menjadi komiti utk Royale Debate Intervarsity ketika cuti semester lalu..

Saya hairan..
Mungkinkah tempat saya parking kan moto terlalu panas sehingga getah tayar saya 'mengembang' dan tak kuncup2 kembali..bila menunggangnya,keadaannya seperti tayar pancit belakang..berhenjut-henjut..padahal yg rosak adalah bahagian tayar hadapan..

Ketika membawa ke bengkel pada cuti tu, brother bengkel kata.."ha..ni tayar dia rosak doh..kene tuka baghu.."..katanya yg sememangnya dia n geng sume org 'kelate' belako.
saya akur,dan berniat utk menghantar pada awal sem nanti.Jika hantar sekarang, moto ni akan ditinggalkan agak lama di sini..hurm..

Setelah siap diberikan 'rawatan', satu sms dari 'pkck bengkel' berbunyi.."moto siap.rm150".Saya tak sabar untuk mendapatkan kembali hubby saya dan membayar kos 'rawatan' dan 'ward' nye..

Meneliti resit yg saya pinta..
Tayar-RM65
Brek-RM35
Minyak hitam-...
....+ minyak 2T..Total=RM150.


'Sakit kuat gak ni..'fikir saya..
Sakit kuat atau merajuk kuat?

Dia merajuk lagi...
ketika saya dalam perjalanan pulang dari pasar malam seminggu yg lalu dari tarikh ini ditulis..
Ketika sedang menikmati udara segar Uia sambil membonceng seorang classmate,..
tali minyak moto saya tiba2 putus.."oh,no..."

Saya menyorong moto saya sampai ke tempat parking depan Kuliyah Engineering setelah menghubungi Mai,rumate saya yg bermotor Wave 125 untuk menghantar kwn saya dan saya..
Sesekali melewati bustop yg ramai org..depan engineering itu sambil termengah2 (tapi cover pernafasan)menyorong moto,terasa kulit muka dan pipi saya tebal juga,"adui..jatuh 'keayuan' aku(bisik-sempat lagi)namun,kerisauan terhadap moto ini mengatasi segalanya..

Dahla ada massgath Steadfast mlm ni.tak pergi..sayang plak..nak tak nak,sekali lagi Mai menjadi 'mangsa' utk 'delivery'..Thankss maii..

Sekali lagi moto saya dimasukkan ke 'wad kecemasan' pada keesokan harinya setelah memberikan kunci kepada 'abe' bengkel..

Kali ini..RM40..

Dengan insiden yg berlaku ketika nak mengambil moto itu di waktu Maghrib..(thanks ye kpd yg berkenaan)saya turut membayarnya dengan airmata.

Pernah juga terasa 'panas hati' bila abe bengkel tu kata,'beli moto baghu laa..'
Saya yg enggan kalah, menjawab jugak dgn berhikmah."moto ni moto warisan tau'..
Bukannya dia tahu betapa 'sentimental value' skuter ini terlalu tinggi..

Terkenang kembali tawaran mak saya untuk membeli sebuah moto baru di awal tahun kedua pengajian..setelah saya mengadu kepenatan berjalan kaki ke kuliyah Human Sciences setiap hari..
Entah apa 'angin' saya ketika itu,saya menjawab.."Xpelah makk..moto tu boleh guna lagi.." Mungkin ketika itu saya terkenangkan mak yg banyak 'berhabis' utk saya nak masuk U..
Apabila jadi begini, tatkala kakak kedua saya,angah 'mengapikan' saya, "Tula ko,mak nak bagi moto baru,tak nak.."
Sesekali rasa kesal dan rugi itu hadir..
Namun ..
Saya redha..

Saya terus menatap 'kekasih biru ' saya ini di depan mata..merenunginya dalam-dalam..
Dia tertunduk malu.hurm?

"Jangan la majukk..k.. I akan tetap jaga u n gunakan u dgn baik..i bukan nak nak gi ngan kelas ngan dia selalu pun..kalau hujan je.. "


Saya harap dia memahaminya..
Kalau dia sakit,boleh juga saya minta org tolong ubatkan.
Kalau dia merajuk?
apa yg harus saya lakukan..

Tawaran kakak sulung saya untuk memandu kereta Kancil 850 nya,..membuatkan saya teruja..
"ko guna la keta aku..ko tolong idupkan..wat gi belajo..dapatt..aku pahala"katanya pada akhir sem lepas.Dia tidak lagi menggunakannya dan telah membiarkan kereta berusia setahun lebih berbayar itu tersadai di tempat parking di apartmen rumahnya..Nak jual,sayang katanya..
"haah erk..aku kan jihad fi sabilillah' saya menambah 'ayatt'..
"Xpe,bulan2 aku bayar la.."..tambahnya lagi..
Namun,saya bercadang untuk membantu membayar sebanyak RM10 sebulan..dgn harga asal RM410 sebulan..hurm?(RM10 hinggit je?)

eh,untung ada niat nak bayar tau..ngeh2..rezekiii..

Apa yg saya lakukan sekarang, menyudahkan lesen P untuk kereta dan moto di SKEM..
Lesen saya akan mati sepenuhnya pada Jun ini..
Tidak kuasa saya untuk kembali bermula dari bawah..

Saya merenung dia lagi..
"Jangan merajuk..k.." Saya bangun dan mengusap-usap lagi badannya dan mencium kepalanya di bahagian meter..tanpa mempedulikan sisters lain di situ.
Azan berkumandang..saya pulang ke bilik..

...meninggalkannya dengan sayu..

"Procrastination..."


..is the thief of time..

Akhirnya kata-kata itu memakan diri saya sendiri..

Bertangguh..berlengah-lengah..menggegeh-gegeh..(org utara kata)

Melihatkan 'draft' yg berbakul untuk di post..
Per'bukit'an assignments yg kini menjadi per'gunung'an assignments..
Jadual kelas yg padat..aktiviti persatuan..meeting yg kerap..kelas2 tambahan..
dan aktiviti 'underground'..(underground'kah?)..

menambah lagi alasan..alasan apa pula selepas ini..

saya lemah..

alasan yg banyak tidak akan memajukan diri saya..

Lantas,saya perlu lebih bersemangat..tidak cukup dengan semangat ..(kerana sifat ke'sementara'annya)..saya bermuhasabah dan meng'koreksi' diri..membetulkan nawaitu saya..

Setelah ber'enjoy' sakan pada setiap hujung minggu yg lau..(vacation dan camping)..
Cuti Tahun Baru Cina ini perlu 'dikorbankan' ..

kolej ini sunyi sepi..seperti tiada penghuni..
tinggal saya seorang diri..
dan akhirnya saya tertidur...zZZ..

'bertangguh' lagi..