Sunday, January 25, 2009

'my hubby'..majokk..


Di suatu petang..
seusai membeli makanan di cafe Mahalah Maryam saya duduk menghadap 'kekasih biru' saya..
mengusap-usap bahagian hadapan badannya yg bersticker Uia..lampu..
seraya berbisik.."kenapa nie.."..

Dia diam tanpa menjawab..
(kalau dia menjawab mahu juga saya lari dari situ serta-merta atau jatuh pengsan di situ)

Seawal sem baru bermula, saya telah menghantar my 'hubby' ke 'klinik' berhampiran (bengkel moto UIA)..kerana kerosakan tayar yg menurut Najat seperti'ikan flower horn' ..berbenjol-benjol..(rugi kerana saya tidak meng'capture' gambar tayar tu).
Ia terjadi ketika saya menjadi komiti utk Royale Debate Intervarsity ketika cuti semester lalu..

Saya hairan..
Mungkinkah tempat saya parking kan moto terlalu panas sehingga getah tayar saya 'mengembang' dan tak kuncup2 kembali..bila menunggangnya,keadaannya seperti tayar pancit belakang..berhenjut-henjut..padahal yg rosak adalah bahagian tayar hadapan..

Ketika membawa ke bengkel pada cuti tu, brother bengkel kata.."ha..ni tayar dia rosak doh..kene tuka baghu.."..katanya yg sememangnya dia n geng sume org 'kelate' belako.
saya akur,dan berniat utk menghantar pada awal sem nanti.Jika hantar sekarang, moto ni akan ditinggalkan agak lama di sini..hurm..

Setelah siap diberikan 'rawatan', satu sms dari 'pkck bengkel' berbunyi.."moto siap.rm150".Saya tak sabar untuk mendapatkan kembali hubby saya dan membayar kos 'rawatan' dan 'ward' nye..

Meneliti resit yg saya pinta..
Tayar-RM65
Brek-RM35
Minyak hitam-...
....+ minyak 2T..Total=RM150.


'Sakit kuat gak ni..'fikir saya..
Sakit kuat atau merajuk kuat?

Dia merajuk lagi...
ketika saya dalam perjalanan pulang dari pasar malam seminggu yg lalu dari tarikh ini ditulis..
Ketika sedang menikmati udara segar Uia sambil membonceng seorang classmate,..
tali minyak moto saya tiba2 putus.."oh,no..."

Saya menyorong moto saya sampai ke tempat parking depan Kuliyah Engineering setelah menghubungi Mai,rumate saya yg bermotor Wave 125 untuk menghantar kwn saya dan saya..
Sesekali melewati bustop yg ramai org..depan engineering itu sambil termengah2 (tapi cover pernafasan)menyorong moto,terasa kulit muka dan pipi saya tebal juga,"adui..jatuh 'keayuan' aku(bisik-sempat lagi)namun,kerisauan terhadap moto ini mengatasi segalanya..

Dahla ada massgath Steadfast mlm ni.tak pergi..sayang plak..nak tak nak,sekali lagi Mai menjadi 'mangsa' utk 'delivery'..Thankss maii..

Sekali lagi moto saya dimasukkan ke 'wad kecemasan' pada keesokan harinya setelah memberikan kunci kepada 'abe' bengkel..

Kali ini..RM40..

Dengan insiden yg berlaku ketika nak mengambil moto itu di waktu Maghrib..(thanks ye kpd yg berkenaan)saya turut membayarnya dengan airmata.

Pernah juga terasa 'panas hati' bila abe bengkel tu kata,'beli moto baghu laa..'
Saya yg enggan kalah, menjawab jugak dgn berhikmah."moto ni moto warisan tau'..
Bukannya dia tahu betapa 'sentimental value' skuter ini terlalu tinggi..

Terkenang kembali tawaran mak saya untuk membeli sebuah moto baru di awal tahun kedua pengajian..setelah saya mengadu kepenatan berjalan kaki ke kuliyah Human Sciences setiap hari..
Entah apa 'angin' saya ketika itu,saya menjawab.."Xpelah makk..moto tu boleh guna lagi.." Mungkin ketika itu saya terkenangkan mak yg banyak 'berhabis' utk saya nak masuk U..
Apabila jadi begini, tatkala kakak kedua saya,angah 'mengapikan' saya, "Tula ko,mak nak bagi moto baru,tak nak.."
Sesekali rasa kesal dan rugi itu hadir..
Namun ..
Saya redha..

Saya terus menatap 'kekasih biru ' saya ini di depan mata..merenunginya dalam-dalam..
Dia tertunduk malu.hurm?

"Jangan la majukk..k.. I akan tetap jaga u n gunakan u dgn baik..i bukan nak nak gi ngan kelas ngan dia selalu pun..kalau hujan je.. "


Saya harap dia memahaminya..
Kalau dia sakit,boleh juga saya minta org tolong ubatkan.
Kalau dia merajuk?
apa yg harus saya lakukan..

Tawaran kakak sulung saya untuk memandu kereta Kancil 850 nya,..membuatkan saya teruja..
"ko guna la keta aku..ko tolong idupkan..wat gi belajo..dapatt..aku pahala"katanya pada akhir sem lepas.Dia tidak lagi menggunakannya dan telah membiarkan kereta berusia setahun lebih berbayar itu tersadai di tempat parking di apartmen rumahnya..Nak jual,sayang katanya..
"haah erk..aku kan jihad fi sabilillah' saya menambah 'ayatt'..
"Xpe,bulan2 aku bayar la.."..tambahnya lagi..
Namun,saya bercadang untuk membantu membayar sebanyak RM10 sebulan..dgn harga asal RM410 sebulan..hurm?(RM10 hinggit je?)

eh,untung ada niat nak bayar tau..ngeh2..rezekiii..

Apa yg saya lakukan sekarang, menyudahkan lesen P untuk kereta dan moto di SKEM..
Lesen saya akan mati sepenuhnya pada Jun ini..
Tidak kuasa saya untuk kembali bermula dari bawah..

Saya merenung dia lagi..
"Jangan merajuk..k.." Saya bangun dan mengusap-usap lagi badannya dan mencium kepalanya di bahagian meter..tanpa mempedulikan sisters lain di situ.
Azan berkumandang..saya pulang ke bilik..

...meninggalkannya dengan sayu..

1 comments:

Nur said...

psstt..cane u tau jantina ur skuter nie?haha..tue la u..kan die dah majuk..dah lama die berkhidmat untuk u..isk..isk..