Tuesday, February 10, 2009

kelas ideologi pada petang itu..

Kelas ideology pada petang 25hb itu menyeronokkan bagi saya.Ada marks utk discussion in class and participation marks.

‘Discuss the best ideology for Muslim nation” Assoc.Prof Dr.Abde menulis tajuk di white board.
“You can also create a new ideology and describe why..why your ideology should be accepted..”Dia menambah.

Ahli kumpulan saya yg baru dibentuk rata2 terdiri dari ‘sister’ yg senior, level 4..Saya terasa kerdil di situ..(kerana melihatkan size saya juga)..

Laci kotak fikiran saya mula dibuka dan mencari-cari kembali maklumat-maklumat Political Thought yg masih disimpan dan berbaki dalam kepala saya..Rugi rasanya tidak ‘belajar betul-betul’ ketika mengambil Subjek Political Thought 1 dgn Dr.Daniel , tetapi saya dapat ‘perform’ pada Subjek Political Thought 2,dgn Dr.Aldilla yg saya kasihi.

“Ha,kita nak bagi nama ape ni”..Seorang sister senior itu memulakan perbincangan dan mula mencatat sesuatu.“Ha,ape kate kalau…yada yada..yada..bla..bla...”
“Wea,aku rasa…yada yada yada..bukan ke..”
“Ha,jap jap..aku da ingat.tapi ape perkataan dia dalam English?”
Kami slumber berkomunikasi dgn menggunakan ‘mother tongue language’ kami dalam kelas itu,mujur kerana semuanya Malay , kalau ada foreigner, mau kene speaking..
(ops,bukanforeigner la..”u will insult them” fellow saya pernah menegur..call them, “international student”) owh,ok…international.
……….
“Ok,sister,..”
Sir Abde menjemput utk membentangkan hasil discussion kami.
Ahli kumpulan saya mula saling berpandangan antara satu sama lain.

“Eh,ngko la..”
”Ko la”
“Alaa..ngko jela”..
“ha…”..


Akhirnya saya rasa ‘terkena’ apabila sister di situ memandang saya.
Saya nak tak nak pada mulanya terpakasa akur dan bingkas bangun.

Assalamualaikum, a very good afternoon to Dr.Abde and my fellow frens..” Saya memulakan bicara.ceh.Terketar –ketar juga.Mau tidak.Namun saya tidak perlu malu.
..”From the discussion,we thought that the best ideology..for Muslim nation is..called ‘Khilafahism
“Why?”

Khilafahism is a belief that Islam is superior than other religion therefore Muslim should be the leader in all aspect of human life..science,technology,. Must be in advanced.Keyakinan mula di’grab’ tetapi semua mereka hanya senyap dan memerhatkan dan mungkin juga mempedangarkan kata-kata saya yg tidak lari dari ‘grammatical error’ ini,..namun saya perlu meneruskan pembentangan ini.Keyakinan perlu ditambah.

“It just like ..oh,it is not just like..”saya rasa tersalah menggunakan bahasa dan mempebetulkannya sendiri.
Look at the Nazi ideology,Nazism.They have the sense that they,who are so called Aryan people are superior than other races..therefore they need to spread out their ideology and colonize others..but Hitler has came to power through legal means ,and dun forget that they also killed many Jews..”
Pengetahuan tipis saya ttg ‘The Modern History of Europe’ terutama chapter the ‘rise of dictatorship’ telah saya tambah di situ..

Saya meng’explain’ lagi,..”Khilafahism …it reach at one belief,which is Tauhidic mindset that can unite all Muslim nation” kerana persamaan Aqidah inilah yg menyatukan kita .then, “It uphold the equality to be the leader regardless the gender,skin colour etc…

Tiba-tiba seorang brother mengangkat tangannya dan berkata, “that is feminism, she adopt the Jead Bodin’s ideology”.Saya terkejut dengan interruption seperti itu.Namun saya cuba bertenang dan menjawab,
wait..I still not finish yet…”

“No comment yet,ya brother.Just listen..give her chances”.Sir Abde mengawal suasana kelas.
We belief that women can be the leader…but not the leader of the state…”saya menerangkan. If there are no eligible man ,yes, why not. Women can be a minister but not the Prime Minister.” Saya berusaha untuk menerangkan bagi misperception brother tadi.
I’m not a feminist” saya menambah sebelum menyambung membaca tulisan di testpad,”The decision to appoint a quality leaders is based on Syura system and adopt a quasi-democracy..”.ya,democracy tetapi hanya quasi-democracy kerana adanya sistem Congress.

Last but not least,therefore Muslim should be advance in economy, science and technology,juz like I have mentioned just now..but,doesnot mean by denying the advance of others.” Saya terdiam dan mula mengingati sesuatu,.”Yeah, Syed Muhammad Abduh said, the backwardness of Muslim is because of the abandonment of the Western advance,and Taqlid (blind-following),also,disunity.. ..”

Tugas saya hampir selesai..sedikit lagi..
So,khilafahism is a belief of superiority of Muslim and Muslim should be the leader..
Al Islamu ya’lu..wa laa yu’la a’laih” I think that’s all..Thank you..”


Seluruh ahli kelas memberikan tepukan kuat kepada saya(bukan tepukan gemuruh).
Saya hanya husnuzzun.Mungkin kerana atas percubaan usaha saya,atau dalil yg baru saya bawakan tadi,atau memerli saya dan melabel saya ‘feminist’yg sememangnya sensitive bagi kaum Adam di kelas itu.Sensitif dengan isu perempuan menjadi pemimpin,tetapi mereka seolah-olah enggan memajukan diri, dan membuktikan dan meyakinkan mereka adalah bakal pemimpin contohan! Persetankan.Saya rasa tidak bersalah.

Sir Abde mula memberikan komen.Katanya, kumpulan kami banyak dipengaruhi dgn subjek Islamic Ideology ,yang mana tiada seorang pun dari kami yg pernah mengambil subjek itu sebenarnya.Katanya,”yes,we areMuslim,we are superior,but what happen now is not like that..”Saya khusyu’ mendengar komen beliau sebagai panduan. Yang saya faham dari komennya rata-rata berkisar tentang,untuk menjadi realistic atau berpegang pada Realism ideology..Saya akur dan membenarkan.

Terasa sukar juga untuk mendatangkan sebuah ideology, yang benar-benar dapat memuaskan hati hampir semua pihak.”Islam is not an Ideology”Saya teringat tentang kata-katanya pada hari pertama kelas pada semester ini. Ideology yg diterima ramai dan tidaklari dari kritikan-kritikan.

Saya teringat saya pernah berkata, “sebelum ni,kutuk, Pakcik Marx cakap pasal kelas struggle pun leh jadi glamour”.Namun hakikatnya,ia bukan satu tugas mudah.Saya belum master’ dalam PoliticalThought ini. Masih banyak yg perlu dipelajari.

Dan,jika anda,wahai pembaca,dikenakan soalan yg sama, apakah ideology yg terbaik yg anda rasakan?
..
Saya hanya tertawa apabila salah seorang classmate membentangkan, “…the best ideology called…”Abdeism”..Malah seluruh kelas mentertawakan.
Abdeism..ia di ‘adapt’ dari nama Dr.Abde!

dia istimewa pada saya..

Kak fara!!!!!”………………
Dari jauh saya terdengar nama saya dipanggil ketika saya bersama rakan2 fasi yg lain tiba berhampiran pejabat sekolah.Saya tercari-cari dan ternampak kelibat Leha(bukan nama sebenar) dan rakannya Memey(bukan nama sebenar dan tiada kaitan dgn artis) melambai2 ke arah saya dgn ‘gaya’nya.

Leha dan Memey datang ke arah saya dan Leha memeluk saya dgn kuat dan ikhlas kata,saya rasa tersiksa dan sakit.Namun saya tetap mengawal ‘ayu’ saya dan tak perlu marah,lalu saya hanya wat2 rilex..Saya terseyum dan menghulur tangan kpd mereka sebaik membuat percubaan melepaskan diri dari pelukan ‘kasar Leha..Memey hanya memerhatikan dan tersenyum.

Leha..pernah menjadi anak buah saya di sebuah program di Kuala Kubu Baru anjuran bersama Steadfast dan Sekolah ‘swasta’ itu.Dari situ saya mengenalinya..

Bermula dengan kesabaran saya teruji hebat dgn pertemuan pertama saya dengan mereka di kem KKB itu.Mereka sukar dikawal..tidak mendengar kata..main banyakk..dan,paling penting, memeningkan dan menyakitkan kepala.Ha,saya tambah lagi, menyakitkan jantung dan awas kepada mereka yg lemah jantung! Tanya saja fasi yg terlibat utk program itu,mereka pasti menggangguk setuju dgn saya..
Ya Allah,Engkau saja yg tahu hati ini…

Jujur kata, kami tak sabar utk program itu berakhir dan rasa ingin pulang.. Namun,inilah cabarannya..cabaran buat saya dan kawan2 seperjuangan saya,Steadfastians..

Leha,yg paling ‘kritikal’ bg saya ketika saya meng’handle’ grup itu.Ketika saya sedang bercakap, dia sibuk bermain2 sms dan tersenyum2 ‘gedik’ (maaf saya katakan ini).
Dengan slumber juga dia bangun dan beredar pergi ke grup lain dan mengganggu grup kwn saya.Kwn saya tak terkata apa..

Leha….masuk balik kumpulan..”Saya memanggilnya.Dia melangkah malas dan buat muka xde mood namun tetap melangkah masuk kembali ke dalam kumpulan saya.

“Leha,nape ni,ada masalah ke..meh sini duk sebelah akak”Dia menurut.

Tumpuan mula diberikan kepadanya.Tak kurang yg wat muka ‘malas nak layan’ bile melihat Leha berperangai begitu.Sudah ‘masak’ dan ‘lali’ agaknya..

“Leha malas la kak..Leha tak suka..Leha tak minat..”
“Dahtu,kenapa Leha join program nie..”
“Sekolah suroh..mak dah bayar..”
Hati Leha tiada di program ini..Kem Motivasi berunsurkan penekanan akademik dan ‘study skill’ ini langsung tidak menarik minatnya.

Saya menghentikan modul tentang ‘mind-mapping’ dan flexible membuat modul saya sendiri.Hal ini perlu diatasi dari ‘root’ nya..bukan Leha seorang,tapi yg lain juga seolah2 ‘ke laut’ apabila saya bercakap.

Saya muhasabah kembali diri saya, adakah saya yg tidak cukup bagus,lantas gagal mengawal keadaan sebaiknya,adakah mereka tidak langsung rasa perlu menghormati saya dan kenapa,..adakah saya seorang yg terlalu membosankan, jika saya menjadi mereka,apakah yg akan saya lakukan..bertindak begitu?

Saya teringat pesan YDP PIBG sekolah itu ketika saya dan kwn2 membuat lawatan utk briefing sebelum program,.”Budak2 sekolah ni lain sket..banyak dah yg dorang,bukan akak2 n abg2 yg jadi fasi,tp dorang yg jadi fasi”Apakah bentuk ‘peringatan dan alamat ’ seperti itu? “Teknik2 belajar tu dorang dah tahu dah,tapi dorang tak nakbuat,jadi itu yg kamu perlu wat dorang ‘change’.
Change dorang?Ya Allah,sesungguhnya kami tak mampu mengubah mereka..
Membantu dan menunjukan jalan utk berubah mungkin kami mampu..

Ok..jawab apa yg akak tanya dalam kertas,ok.
Siapa yg paling kamu sayang
?
Jawapan yg pelbagai..ada yg jwb ‘parents,hanya seorang dua, ada juga yg jawab atuk,
Nama2 cikgu tertentu..dan jawapan Leha, ‘boyfren Leha’..

Nampaknya Leha seperti bermasalah..
….
Sebenarnya yg patut paling kamu sayang ialah “diri sendiri”…Saya cuba menyedarkan mereka.Bukan agar mereka menjadi ‘selfish’ tetapi mereka patut tahu menyayangi dan menghargai diri sendiri..dan dgn itu mereka boleh menyayangi dan menghargai org lain..
Saya meneruskan modul buatan saya dengan soalan seterusnya,..soalan2 yg berkisar ttg diri mereka,agar mereka lebih ‘sedar’ diri..pada fikiran saya..

“Apakah kenangan yg paling indah dalan hidup kamu?
Ada yg dapat kerana dapat 5A UPSR(sekurang2 nya ada yg ‘berjaya’ sebelum itu).dapat hadiah mahal, dan jawapan Leha kali ini..’dapat kiss dari boyfren Leha’..
Astagfirullah…(di dalam hati)

Saya berpura2 tidak terkejut dan selamba bertanya, “kat mana?”“Kat sini..” Dia menunjuk2kan pipinya tanpa segan..(bukan ‘segan’ org Kedah)

Leha mmg bermasalah…

Kawan2 fasi saya ada yg naik ‘meluat’ dgn gelagat Leha dan menyampah barangkali.
Saya juga kurang senang dengannya pada awalnya.Dia pelik.Ya,dia seorang yg pelik.

Namun saya percaya dia perlu didekati,bukan dijauhi..
Pernah saya memberikan brooch saya kepadanya supaya menge’pin’ tudung agar tidak mendedahkan leher dan dadanya walaupun bertudung ,terutama aktiviti outdoor ‘halangan berentas’ yg bakal dijalankan..
Saya mencucuk perlahan lehernya dan menegur ‘ala-ala member’, “ni nak tunjuk kat sape ni..”dan menyuruhnya menurunkan tudungnya yg di’selimpangkan’..
Walaupun menjawab,”ala kak farah ni..”tapi sekurang2nya dia menurut dan mendengar kata2 saya,daripada tiada org yg mahu menegurnya, tetapi menghukumnya..Saya rasa tidak adil..Menegur dan memberikan tindakan.Itu lebih baik.

Leha mmg istimewa bg saya,walapun dia bukan kanak2 istimewa..
Sekurang2nya dia memujuk saya ketika saya pura2 merajuk kerana dia tidak mendengar kata2 saya..Dia juga sayangkan saya barangkali..

Leha dah sembahyang?”
“Kak Farah,Leha dah lama tak sembahyang..”
“Leha ‘cuti ke?”
“hehehe…haah.Tapi da lama tak sembahyang..Tak ingat dah..’
….

Kak Farah,Leha tension ngan Cikgu F***I tu,..(cikgu disiplin sekolah tu)
“Nape?”
“Ade ke patut cakap Leha ‘beromen’ngan Hairi(bkn nama sbnr,bf Leha) dalam kelas”
“Haa?Leha wat camtu ke?Leha wat ape je?”
“Taklaa..Leha duk rapat2 and pegang2 tangan camni je

(Katanya sambil memegang tangan saya dan mengusap2nya.)
……
Kak Farah,Leha sedih…”
“Kenapa?”
“Tengok tu,boyfren Leha pakai baju same warna (merah) dgn ex-girlfren dia.Leha jeles

(Lalu dia menangis seperti keanak-anakan.)
……

Kadang2 Leha meletihkan saya.Pernah saya tidak ‘melayannya’,dia merajuk dan pergi mengganggu kawan2nya yg lain..

Pernah saya ditegur oleh rakan fasi saya agar tidak memanjakan Leha, tetapi saya percaya pada wasilah saya.
Saya bukan memanjakannya agar dia naik lemak’ atau ‘memijak kepala’ saya walaupun kadang2 dia kelihatan seperti itu, tetapi hati Leha yg penting bagi saya.Ya,’hati’nya.

Saya tidak perlu mudah mengalah..
Cikgu2 sekolah itu mungkin lebih letih daripada saya.Mungkin kerana letih memarahinya..
Sedangkan saya baru mengenali Leha beberapa hari..saya perlu lebih bersabar daripada biasa..Ada sebab mengapa dia begitu..

Bye kak faraa!!!!!!!!!!!!!...dia menjerit dan pekik lagi sambil melambai2 tangan bersungguh 2 kepada saya ketika bas beredar meninggalkan kawasan program.
Sesekali dia membuat ‘flying kiss’ kpd saya ,dan bukan hanya kepada saya, kepada abang2 fasi juga..

Leha..Leha..saya boleh menggeleng2 kepala sambil tersenyum bila terkenangkan dia..

Welcome to the world of Reality…inilah the real that is happening…
Ini cabaran buat saya,dan saya perlu keluar dari ‘comfort zon’ saya sebelum ini, dikelilingi oleh org yg ‘baik-baik dan suasana yg baik’…dan kini,..
berhadapan dgn ‘adik-adik’ seperti Leha dan kawan2nya..
Saya sengaja tidak mem’blur’kan perkataan yg agak ‘sensored’ atau menggantikan konsonen dengan simbol-simbol tertentu kerana apa..agar kita lebih berfikiran terbuka.
Inilah ‘masalah’ yg perlu diatasi..
Dan saya berhadapan dgn reality….

..Belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah...


“Kak Fara, nape akak2 ngan abang2 suka buat video cam malam tadi?”

Hurm?”

Soalan dari salah seorang anak buah kumpulan saya ketika slot terakhir ‘sharing moment’ membuatkan saya berfikir sebentar dan perlu segera mencari jawapan yg bersesuaian..

Pada malam terakhir itu,kami baru saja mengadakan ‘recall sejuk’ dengan menayangkan video kesusahan seorang ibu yg melahirkan seorang anak melalui pembedahan ,(tidak mungkin menayangkan kelahiran secara normal!) , video klip lagu ‘ayah’ dan ‘nasyid anak soleh’..diselang-seli suara hiba rakan seperjuangn saya mengkin telah ‘ mengusik’ hatinya…

Kamu rasa?” saya memandang Huzaifah (bukan nama sebenar) sambil menghadiahkannya senyuman dengan sengaja menduganya.

Urm..entah..sbb mak bapak yg besarkan kite kott..”dia mencuba.

Saya tersenyum lagi.” Kamu hampir faham,Huzaifah..”saya menjawab

Tapi kak…”

Hurm?”

Kat sini ramai yg tak duduk dengan mak bapak..duduk dengan abang ,sedara..dok hostel..ada yg mak bapak kat luar negara..dorang mesti terase punyerr..”Huzaifah memberikan penjelasan atas soalannya tadi.

Saya teruji.Soalan ‘live’ ini menduga saya yg masih mentah dalam bidang kefasilitatoran ini.Soalanini sebenarnya mudah,tapi saya tetap terasa sukar.Namun, sebagai seorang fasi,saya juga harus menjaga kredibiti dan kewibawaan saya..Tambah pula atas dasar ‘trust’ yg mereka akan berikan kepada saya sbg org yg cuba ‘dekat’ dgn mereka..Saya perlu berhati2 menjawab..

Kerana..mak ayah adalah org yg sepatutnya menjadi org yg paling ‘dekat’ dgn kita..
walaupun mereka tinggal jauh.Kerana apa..seperti kamu kata, kerana dia yg melahirkan dan membesarkan kita,.. kerana pertalian darah yg ada nilah..mereka berkorban banyak utk kita..mereka bekerja utk mencari rezeki utk kita..berhabis utk kita..”
Saya menjawab panjang dgn bahasa mudah.Huzaifa hanya terdiam. Rakan2 yg lain juga memberikan tumpuan kpd saya.

Jadi,..kalau kita masih tak sedar, tak menghormati mereka, tak menghargai mereka,..tak tahulah…”..Saya menambah.

Jadi bagaimana utk membalasnya?Hadiah kan mereka dengan pencapaian terbaik kamu dalam PMR ni ..dapat 8A/9A..dan….kamu jadi anak yg berakhlak baik..mendengar kata,..itu yg mereka mahukan..”.Saya menambah lagi dan memandang mata semua anak buah saya.Mereka menunduk.

Ini adalah sebahagian tugas saya sebagai seorang fasi di sekolah ini.Sebuah sekolah swasta yg rata2 terdiri daripada ‘anak2 org kaya,berada,popular dan ternama..jika saya boleh katakan begitu.

Benar,ada saja yg menjadi anak kepada seorang businessman yg ternama, memiliki syarikat2 korporat besar,dan mungkin mereka tidak perlu bekerja keras utk hidup senang kerana mungkin mereka ‘bakal’ mewarisi semua itu, anak kpd politician yg berpengaruh, duta Malaysia di luar negara..aktress yg popular..dan mcm2lagi..

Lihat saja yuran sekolah ‘bulanan’mereka yg harganya mampu membiayai ‘duit makan saya hampir dua bulan!

Saya sedar saya memikul tanggungjawab besar dan berat,dan bukan mudah.Mereka bukan calang2 org.Mereka perlu didekati dgn pendekatan yg berbeza, bukan seperti pelajar2 di sekolah area kampung yg harus diberikan kesedaran ttg ‘utk belajar bersungguh2 dan mengubah nasib keluarga’..Mereka bukan.Mereka berbeza.

Mereka memiliki segalanya dari sudut kesenangan dan kemewahan,..namun, meraka tetap kekurangan ‘banyak’ pada saya.. jiwa mereka ini mungkin kosong..dan perlu ‘diisi’..

Mereka masih kekurangan kasih sayang..kesibukan ibu bapa mereka..membuatkan mereka terasa ‘jauh’ dan cuba ‘dekat’ dengan kawan2 yg ada yg belum tentu ‘betul’nya.. dan memberikan banyak ‘ruang’ utk bertindak sendiri tanpa kawalan yg sepatutnya yg mencorak kehidupan mereka.

Darah muda dan kebelummatangan’..duit di tangan..bebas pergerakan dan pergaulan..agama tidak menjadi pegangan,mungkin kerana tidak didedahkan…

Maaf jika saya katakan ini mungkin mengguris hati mana2 pihak.Saya ikhlas menyatakan ini..Kerana mereka seagama dgn saya, sebangsa dgn saya,..kerana mereka bakal menjadi pemimpin utk anak2 saya..

Saya mungkin kategori yg tadi yg saya nyatakan, ‘perlu belajar bersungguh2 utk mengubah nasib keluarga’…Saya perlu keluar dari kepompong kesusahan, apabila ibu saya yg menjadi ‘ibu tunggal’ suatu masa dulu, berhempas pulas membesarkan 5 org anak setelah kematian suami..beban kewangan..dsb..

Life is about opportunities…ia adalah tentang ruang dan peluang yg ada..

Mungkin juga jika saya hidup mewah,saya bukan diri saya yg sekarang dan mungkin juga tidak berada bukan di Bumi UIA ini sekarang..mungkin lebih baik..atau lebih teruk?nauzubillah..

Ini hanyalah sebahagian..

Adik2..pejamkan mata..bayangkan sebuah hati…yg mempunyai pintu…izinkan akak hadir di sini sebagai seorang yg cuba mengetuk pintu itu..adakah adik2 akan buka pintu itu utk akak?akak hanya ingin memberikan jalan yg terbaik utk adik2 pilih..tapi,jika adik2 rasa jalan yg akak tunjukkan ini meyesatkan adik2 ,adik2 tak perlu ikut,okey…,tapi,..kalau adik2 rasa akak nak membantu adik2utk kebaikan, adik fikir2kanlah dan timbang2kan lah kata2 akak ni..bagi sedikit ruang di hati itu utk akak,key..”Saya mengakhiri sessi petang itu sebegitu. Tiada dlm modul.

Hati2 mereka perlu ‘di tackle’ utk didekati..bila sudah dekat,ia akan jadi lebih mudah..

Seorang anak buah perempuan tiba2 menghulur tgn utk salam dan memeluk saya,..
terima kasih kak.”
Saya terharu dan memeluknya..…

Saya hanya seorang ‘pemudahcara”..saya hanya ingin membantu..
Hidup ini tentang peluang…
Ini peluang saya sbg seorang fasilitator utk membantu…