Tuesday, February 10, 2009

dia istimewa pada saya..

Kak fara!!!!!”………………
Dari jauh saya terdengar nama saya dipanggil ketika saya bersama rakan2 fasi yg lain tiba berhampiran pejabat sekolah.Saya tercari-cari dan ternampak kelibat Leha(bukan nama sebenar) dan rakannya Memey(bukan nama sebenar dan tiada kaitan dgn artis) melambai2 ke arah saya dgn ‘gaya’nya.

Leha dan Memey datang ke arah saya dan Leha memeluk saya dgn kuat dan ikhlas kata,saya rasa tersiksa dan sakit.Namun saya tetap mengawal ‘ayu’ saya dan tak perlu marah,lalu saya hanya wat2 rilex..Saya terseyum dan menghulur tangan kpd mereka sebaik membuat percubaan melepaskan diri dari pelukan ‘kasar Leha..Memey hanya memerhatikan dan tersenyum.

Leha..pernah menjadi anak buah saya di sebuah program di Kuala Kubu Baru anjuran bersama Steadfast dan Sekolah ‘swasta’ itu.Dari situ saya mengenalinya..

Bermula dengan kesabaran saya teruji hebat dgn pertemuan pertama saya dengan mereka di kem KKB itu.Mereka sukar dikawal..tidak mendengar kata..main banyakk..dan,paling penting, memeningkan dan menyakitkan kepala.Ha,saya tambah lagi, menyakitkan jantung dan awas kepada mereka yg lemah jantung! Tanya saja fasi yg terlibat utk program itu,mereka pasti menggangguk setuju dgn saya..
Ya Allah,Engkau saja yg tahu hati ini…

Jujur kata, kami tak sabar utk program itu berakhir dan rasa ingin pulang.. Namun,inilah cabarannya..cabaran buat saya dan kawan2 seperjuangan saya,Steadfastians..

Leha,yg paling ‘kritikal’ bg saya ketika saya meng’handle’ grup itu.Ketika saya sedang bercakap, dia sibuk bermain2 sms dan tersenyum2 ‘gedik’ (maaf saya katakan ini).
Dengan slumber juga dia bangun dan beredar pergi ke grup lain dan mengganggu grup kwn saya.Kwn saya tak terkata apa..

Leha….masuk balik kumpulan..”Saya memanggilnya.Dia melangkah malas dan buat muka xde mood namun tetap melangkah masuk kembali ke dalam kumpulan saya.

“Leha,nape ni,ada masalah ke..meh sini duk sebelah akak”Dia menurut.

Tumpuan mula diberikan kepadanya.Tak kurang yg wat muka ‘malas nak layan’ bile melihat Leha berperangai begitu.Sudah ‘masak’ dan ‘lali’ agaknya..

“Leha malas la kak..Leha tak suka..Leha tak minat..”
“Dahtu,kenapa Leha join program nie..”
“Sekolah suroh..mak dah bayar..”
Hati Leha tiada di program ini..Kem Motivasi berunsurkan penekanan akademik dan ‘study skill’ ini langsung tidak menarik minatnya.

Saya menghentikan modul tentang ‘mind-mapping’ dan flexible membuat modul saya sendiri.Hal ini perlu diatasi dari ‘root’ nya..bukan Leha seorang,tapi yg lain juga seolah2 ‘ke laut’ apabila saya bercakap.

Saya muhasabah kembali diri saya, adakah saya yg tidak cukup bagus,lantas gagal mengawal keadaan sebaiknya,adakah mereka tidak langsung rasa perlu menghormati saya dan kenapa,..adakah saya seorang yg terlalu membosankan, jika saya menjadi mereka,apakah yg akan saya lakukan..bertindak begitu?

Saya teringat pesan YDP PIBG sekolah itu ketika saya dan kwn2 membuat lawatan utk briefing sebelum program,.”Budak2 sekolah ni lain sket..banyak dah yg dorang,bukan akak2 n abg2 yg jadi fasi,tp dorang yg jadi fasi”Apakah bentuk ‘peringatan dan alamat ’ seperti itu? “Teknik2 belajar tu dorang dah tahu dah,tapi dorang tak nakbuat,jadi itu yg kamu perlu wat dorang ‘change’.
Change dorang?Ya Allah,sesungguhnya kami tak mampu mengubah mereka..
Membantu dan menunjukan jalan utk berubah mungkin kami mampu..

Ok..jawab apa yg akak tanya dalam kertas,ok.
Siapa yg paling kamu sayang
?
Jawapan yg pelbagai..ada yg jwb ‘parents,hanya seorang dua, ada juga yg jawab atuk,
Nama2 cikgu tertentu..dan jawapan Leha, ‘boyfren Leha’..

Nampaknya Leha seperti bermasalah..
….
Sebenarnya yg patut paling kamu sayang ialah “diri sendiri”…Saya cuba menyedarkan mereka.Bukan agar mereka menjadi ‘selfish’ tetapi mereka patut tahu menyayangi dan menghargai diri sendiri..dan dgn itu mereka boleh menyayangi dan menghargai org lain..
Saya meneruskan modul buatan saya dengan soalan seterusnya,..soalan2 yg berkisar ttg diri mereka,agar mereka lebih ‘sedar’ diri..pada fikiran saya..

“Apakah kenangan yg paling indah dalan hidup kamu?
Ada yg dapat kerana dapat 5A UPSR(sekurang2 nya ada yg ‘berjaya’ sebelum itu).dapat hadiah mahal, dan jawapan Leha kali ini..’dapat kiss dari boyfren Leha’..
Astagfirullah…(di dalam hati)

Saya berpura2 tidak terkejut dan selamba bertanya, “kat mana?”“Kat sini..” Dia menunjuk2kan pipinya tanpa segan..(bukan ‘segan’ org Kedah)

Leha mmg bermasalah…

Kawan2 fasi saya ada yg naik ‘meluat’ dgn gelagat Leha dan menyampah barangkali.
Saya juga kurang senang dengannya pada awalnya.Dia pelik.Ya,dia seorang yg pelik.

Namun saya percaya dia perlu didekati,bukan dijauhi..
Pernah saya memberikan brooch saya kepadanya supaya menge’pin’ tudung agar tidak mendedahkan leher dan dadanya walaupun bertudung ,terutama aktiviti outdoor ‘halangan berentas’ yg bakal dijalankan..
Saya mencucuk perlahan lehernya dan menegur ‘ala-ala member’, “ni nak tunjuk kat sape ni..”dan menyuruhnya menurunkan tudungnya yg di’selimpangkan’..
Walaupun menjawab,”ala kak farah ni..”tapi sekurang2nya dia menurut dan mendengar kata2 saya,daripada tiada org yg mahu menegurnya, tetapi menghukumnya..Saya rasa tidak adil..Menegur dan memberikan tindakan.Itu lebih baik.

Leha mmg istimewa bg saya,walapun dia bukan kanak2 istimewa..
Sekurang2nya dia memujuk saya ketika saya pura2 merajuk kerana dia tidak mendengar kata2 saya..Dia juga sayangkan saya barangkali..

Leha dah sembahyang?”
“Kak Farah,Leha dah lama tak sembahyang..”
“Leha ‘cuti ke?”
“hehehe…haah.Tapi da lama tak sembahyang..Tak ingat dah..’
….

Kak Farah,Leha tension ngan Cikgu F***I tu,..(cikgu disiplin sekolah tu)
“Nape?”
“Ade ke patut cakap Leha ‘beromen’ngan Hairi(bkn nama sbnr,bf Leha) dalam kelas”
“Haa?Leha wat camtu ke?Leha wat ape je?”
“Taklaa..Leha duk rapat2 and pegang2 tangan camni je

(Katanya sambil memegang tangan saya dan mengusap2nya.)
……
Kak Farah,Leha sedih…”
“Kenapa?”
“Tengok tu,boyfren Leha pakai baju same warna (merah) dgn ex-girlfren dia.Leha jeles

(Lalu dia menangis seperti keanak-anakan.)
……

Kadang2 Leha meletihkan saya.Pernah saya tidak ‘melayannya’,dia merajuk dan pergi mengganggu kawan2nya yg lain..

Pernah saya ditegur oleh rakan fasi saya agar tidak memanjakan Leha, tetapi saya percaya pada wasilah saya.
Saya bukan memanjakannya agar dia naik lemak’ atau ‘memijak kepala’ saya walaupun kadang2 dia kelihatan seperti itu, tetapi hati Leha yg penting bagi saya.Ya,’hati’nya.

Saya tidak perlu mudah mengalah..
Cikgu2 sekolah itu mungkin lebih letih daripada saya.Mungkin kerana letih memarahinya..
Sedangkan saya baru mengenali Leha beberapa hari..saya perlu lebih bersabar daripada biasa..Ada sebab mengapa dia begitu..

Bye kak faraa!!!!!!!!!!!!!...dia menjerit dan pekik lagi sambil melambai2 tangan bersungguh 2 kepada saya ketika bas beredar meninggalkan kawasan program.
Sesekali dia membuat ‘flying kiss’ kpd saya ,dan bukan hanya kepada saya, kepada abang2 fasi juga..

Leha..Leha..saya boleh menggeleng2 kepala sambil tersenyum bila terkenangkan dia..

Welcome to the world of Reality…inilah the real that is happening…
Ini cabaran buat saya,dan saya perlu keluar dari ‘comfort zon’ saya sebelum ini, dikelilingi oleh org yg ‘baik-baik dan suasana yg baik’…dan kini,..
berhadapan dgn ‘adik-adik’ seperti Leha dan kawan2nya..
Saya sengaja tidak mem’blur’kan perkataan yg agak ‘sensored’ atau menggantikan konsonen dengan simbol-simbol tertentu kerana apa..agar kita lebih berfikiran terbuka.
Inilah ‘masalah’ yg perlu diatasi..
Dan saya berhadapan dgn reality….

0 comments: