Tuesday, February 10, 2009

..Belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah...


“Kak Fara, nape akak2 ngan abang2 suka buat video cam malam tadi?”

Hurm?”

Soalan dari salah seorang anak buah kumpulan saya ketika slot terakhir ‘sharing moment’ membuatkan saya berfikir sebentar dan perlu segera mencari jawapan yg bersesuaian..

Pada malam terakhir itu,kami baru saja mengadakan ‘recall sejuk’ dengan menayangkan video kesusahan seorang ibu yg melahirkan seorang anak melalui pembedahan ,(tidak mungkin menayangkan kelahiran secara normal!) , video klip lagu ‘ayah’ dan ‘nasyid anak soleh’..diselang-seli suara hiba rakan seperjuangn saya mengkin telah ‘ mengusik’ hatinya…

Kamu rasa?” saya memandang Huzaifah (bukan nama sebenar) sambil menghadiahkannya senyuman dengan sengaja menduganya.

Urm..entah..sbb mak bapak yg besarkan kite kott..”dia mencuba.

Saya tersenyum lagi.” Kamu hampir faham,Huzaifah..”saya menjawab

Tapi kak…”

Hurm?”

Kat sini ramai yg tak duduk dengan mak bapak..duduk dengan abang ,sedara..dok hostel..ada yg mak bapak kat luar negara..dorang mesti terase punyerr..”Huzaifah memberikan penjelasan atas soalannya tadi.

Saya teruji.Soalan ‘live’ ini menduga saya yg masih mentah dalam bidang kefasilitatoran ini.Soalanini sebenarnya mudah,tapi saya tetap terasa sukar.Namun, sebagai seorang fasi,saya juga harus menjaga kredibiti dan kewibawaan saya..Tambah pula atas dasar ‘trust’ yg mereka akan berikan kepada saya sbg org yg cuba ‘dekat’ dgn mereka..Saya perlu berhati2 menjawab..

Kerana..mak ayah adalah org yg sepatutnya menjadi org yg paling ‘dekat’ dgn kita..
walaupun mereka tinggal jauh.Kerana apa..seperti kamu kata, kerana dia yg melahirkan dan membesarkan kita,.. kerana pertalian darah yg ada nilah..mereka berkorban banyak utk kita..mereka bekerja utk mencari rezeki utk kita..berhabis utk kita..”
Saya menjawab panjang dgn bahasa mudah.Huzaifa hanya terdiam. Rakan2 yg lain juga memberikan tumpuan kpd saya.

Jadi,..kalau kita masih tak sedar, tak menghormati mereka, tak menghargai mereka,..tak tahulah…”..Saya menambah.

Jadi bagaimana utk membalasnya?Hadiah kan mereka dengan pencapaian terbaik kamu dalam PMR ni ..dapat 8A/9A..dan….kamu jadi anak yg berakhlak baik..mendengar kata,..itu yg mereka mahukan..”.Saya menambah lagi dan memandang mata semua anak buah saya.Mereka menunduk.

Ini adalah sebahagian tugas saya sebagai seorang fasi di sekolah ini.Sebuah sekolah swasta yg rata2 terdiri daripada ‘anak2 org kaya,berada,popular dan ternama..jika saya boleh katakan begitu.

Benar,ada saja yg menjadi anak kepada seorang businessman yg ternama, memiliki syarikat2 korporat besar,dan mungkin mereka tidak perlu bekerja keras utk hidup senang kerana mungkin mereka ‘bakal’ mewarisi semua itu, anak kpd politician yg berpengaruh, duta Malaysia di luar negara..aktress yg popular..dan mcm2lagi..

Lihat saja yuran sekolah ‘bulanan’mereka yg harganya mampu membiayai ‘duit makan saya hampir dua bulan!

Saya sedar saya memikul tanggungjawab besar dan berat,dan bukan mudah.Mereka bukan calang2 org.Mereka perlu didekati dgn pendekatan yg berbeza, bukan seperti pelajar2 di sekolah area kampung yg harus diberikan kesedaran ttg ‘utk belajar bersungguh2 dan mengubah nasib keluarga’..Mereka bukan.Mereka berbeza.

Mereka memiliki segalanya dari sudut kesenangan dan kemewahan,..namun, meraka tetap kekurangan ‘banyak’ pada saya.. jiwa mereka ini mungkin kosong..dan perlu ‘diisi’..

Mereka masih kekurangan kasih sayang..kesibukan ibu bapa mereka..membuatkan mereka terasa ‘jauh’ dan cuba ‘dekat’ dengan kawan2 yg ada yg belum tentu ‘betul’nya.. dan memberikan banyak ‘ruang’ utk bertindak sendiri tanpa kawalan yg sepatutnya yg mencorak kehidupan mereka.

Darah muda dan kebelummatangan’..duit di tangan..bebas pergerakan dan pergaulan..agama tidak menjadi pegangan,mungkin kerana tidak didedahkan…

Maaf jika saya katakan ini mungkin mengguris hati mana2 pihak.Saya ikhlas menyatakan ini..Kerana mereka seagama dgn saya, sebangsa dgn saya,..kerana mereka bakal menjadi pemimpin utk anak2 saya..

Saya mungkin kategori yg tadi yg saya nyatakan, ‘perlu belajar bersungguh2 utk mengubah nasib keluarga’…Saya perlu keluar dari kepompong kesusahan, apabila ibu saya yg menjadi ‘ibu tunggal’ suatu masa dulu, berhempas pulas membesarkan 5 org anak setelah kematian suami..beban kewangan..dsb..

Life is about opportunities…ia adalah tentang ruang dan peluang yg ada..

Mungkin juga jika saya hidup mewah,saya bukan diri saya yg sekarang dan mungkin juga tidak berada bukan di Bumi UIA ini sekarang..mungkin lebih baik..atau lebih teruk?nauzubillah..

Ini hanyalah sebahagian..

Adik2..pejamkan mata..bayangkan sebuah hati…yg mempunyai pintu…izinkan akak hadir di sini sebagai seorang yg cuba mengetuk pintu itu..adakah adik2 akan buka pintu itu utk akak?akak hanya ingin memberikan jalan yg terbaik utk adik2 pilih..tapi,jika adik2 rasa jalan yg akak tunjukkan ini meyesatkan adik2 ,adik2 tak perlu ikut,okey…,tapi,..kalau adik2 rasa akak nak membantu adik2utk kebaikan, adik fikir2kanlah dan timbang2kan lah kata2 akak ni..bagi sedikit ruang di hati itu utk akak,key..”Saya mengakhiri sessi petang itu sebegitu. Tiada dlm modul.

Hati2 mereka perlu ‘di tackle’ utk didekati..bila sudah dekat,ia akan jadi lebih mudah..

Seorang anak buah perempuan tiba2 menghulur tgn utk salam dan memeluk saya,..
terima kasih kak.”
Saya terharu dan memeluknya..…

Saya hanya seorang ‘pemudahcara”..saya hanya ingin membantu..
Hidup ini tentang peluang…
Ini peluang saya sbg seorang fasilitator utk membantu…

0 comments: