Saturday, September 27, 2008

..jatuh..bertatih dan bangun semula..


(ehem..ehem.sekali-sekala saya berdehem di tepi mikrofon utk meyelesakan tekak..)

"Subhanallah...perhatian kpd ukhti Ayesha Humaira'(bukan nama sebenar),sila turun ke ke hadapan dewan makan sekarang kerana ada waris yg sedang menunggu.."(satu drpd tugas sbg seorang KP selesai dan bersedia dgn tugas yg akan datang)

saya tersenyum..
mungkin inilah analogi yg sesuai utk saya ketika ni..

saya merenung post pertama saya yg pernah 13 April 2007..
(lihat post "percubaan suara,one ,two,three," di bawah)
satahun lebih saya tak menyentuhnya..
ketika itu saya melakukannya kerana tidak ingin ketinggalan 'left-behind'sedangkan kawan-kawan saya berlumba-lumba menghaslkan blog sendiri..

tapi,nyata..
melakukan kerana sesuatu hanya kerana semangat tidak membawa kita ke mana-mana..
kerana ia bersifat sementara..hilang semangat,hilanglah segalanya..

maka,
saya menarik nafas dalam-dalam..memejamkan mata..membetulkan nawaitu saya..
untuk apa dan mengapa saya perlu melakukan ini..ada niat dan tujuannya..

sama seperti saya berdehem di tepi mikrofon tadi..saya perlu mencuba utk menghasilkan yg terbaik..atau mungkin lebih baik dari memulakan dgn "testing,one ,two, three"..
tetapi dgn "Subahanallah..(format dan custom utk memulakan sebarang announcement di Kolej Islam dulu)

Kini..saya cuba bangkit..bangkit dari jatuh yg sakit..dan..
bangun..bangun dari mengelamun..

Kemudahan wireless 'iium community' yg mula meluas ini perlu saya manfaatkan sepenuhnya selain melakukan rutin kebiasaan membuka friendster dan emel. YM,juga web-web yg lain..

Kini,biarpun tanpa sebarang kedudukan dan jawatan..namun saya melakukannya kerana sebahagian drpd tanggungjawab saya..sbg mahasiswi,sbg Muslimah,sbg Hamba-Nya..

Biar bertatih..namun saya harus terus melangkah..
Bantu saya sepanjang perjalanan ini..

Ya Allah,..bantu hamba-Mu...

2 comments:

naz ilyn said...

salam kenal...

teruskan usaha anda... anda boleh melakukannya.

p/s: percubaan yang baik... boleh dikongsikan bersama... salam singgah ke laman saya... hihihi

~ farah humairah~ said...

thanks kak nazz..
actually saya belum pun mengisytiharkan blog ni kepada sesiapa.. x sangka akak dapat reach blog ni earlier..hehe..
ok..salam perkenalan di alam maya..